Kisah Stesen Minyak

Datang ke Kanada menuntut saya untuk mengambil lesen kereta antarabangsa...

Selama 6 bulan, saya memandu kereta di sini dengan menggunakan lesen kereta antarabangsa yang berharga RM 150.  Pada mulanya, saya fikir lesen itu boleh digunakan selama-lamanya sepanjang saya tinggal di Kanada tetapi pihak kerajaan hanya menerima lesen antarabangsa dari Malaysia hanya 6 bulan.

Maka, selama 6 bulan itu saya praktis memandu cara orang Kanada...semuanya sebelah kiri.  Haaa pening mula-mula. Nasib baik orang sini memandu dengan penuh berhemah. Syukur... sebab saya pun bukan pemandu berhemah..  aaa malunya 🙈

Hari ini, saya ingin kongsikan pengalaman pertama kali isi minyak kereta.  Kebiasaannya memang suami saya yang akan handle semua perkara tentang kereta sehinggalah isi minyak kereta.  Tapi, pada hari itu... entah macamana saya wajib isi minyak sendiri sebab saya ingin ke Terrace dan jauh pula tu dari Kitimat...

Semasa di Malaysia, memang semua urusan kereta saya handle sendiri sebab saya ada kereta sendiri.  Namun, sejak tinggal di sini.. kami hanya gunakan satu kereta dan suami menggunakan bas pekerja ke tempat kerja.  Itu lebih menjimatkan... kami fikir.

Jadi, semasa di stesen minyak... saya punyalah pusing-pusing di stesen minyak sebab nak cari togel 'minyak'... lama juga saya memusing.  Kemudian, saya call suami 

"Bahagian mana minyak? semua tulis gasoline sahaja...", tanya saya.

"Gasoline itu minyak laaaa..", jawab suami.

"hahahah... ye ke? "

"Dah isi belum? ", tanya suami.

"Baru sampai stesen minyak", jawab saya.

Sebenarnya nak cover dengan suami, dah pusing beberapa kali tapi tak jumpa.  Ada juga tak cerdiknya tu kan...bukan nak pergi tanya orang kan😆

Begitulah ceritanya...

Kadang-kadang bila tengok 'gas station' .. saya tergelak sendiri 😂

Gas Station

0 ulasan