Entri 56
Entri kali ni bukan cerita luar biasa, tapi ia sebuah kisah yang biasa-biasa kita lihat.
Assalamualaikum w.b.t
Mungkin juga ia pernah di alami oleh kita sendiri dan mungkin juga kita juga pernah lakukan. Saya juga membuat peringatan kepada diri sendiri.
Pada hari sabtu baru-baru ini, saya telah menyinggah sebuah restoran untuk makan tengahari bersama anak perempuan saya Lana. Kami hanya berdua kerana anak lelaki saya pergi ke rumah rakan karibnya yang mengadakan majlis hari jadi. Disebabkan hanya saya berdua, saya telah 'WhatsApp' kepada suami saya yang saya tidak masak tengahari. Jadi saya minta dia makan tengahari bersama rakannya selepas habis permainan golf. Alhamdullilah.. saya mendapat jawapan yang menyenangkan daripada pasangan saya.
Boleh di katakan restoran ini memang sentiasa ramai dikunjungi orang. Mungkin juga kerana masakan kampung yang disediakan amat menyelerakan dan memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Saya memberi peluang kepada Lana untuk memilih posisi meja yang disukai. Selalunya begitulah, saya bersama pasangan memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat keputusan. Lana melabuhkan punggungnya pada kerusi pilihannya dan meminta saya pergi memilih menu saya sendiri di ruang lauk-pauk sementara dia menjadi "penjaga meja". Istilah orang-orang kita kan. hihihi..
Kelihatan seorang bapa menyendukkan nasi untuk setiap anaknya. Seorang demi seorang. Bapa itu berhenti menyenduk apabila sampai giliran saya. Dia menghulurkan senduk nasi kepada saya untuk memberi ruang saya menyenduk sendiri. Walaupun saya ingatkan, dia akan menyendukkan nasi untuk saya. Siapa kita kan? hihihi…
Selesai menyenduk nasi, saya melangkah ke ruang lauk-pauk melihat-lihat masakan yang dihidangkan. Mmmmm… sedap...terlintas di fikiran saya. sehingga saya sudah rambang mata.
Dalam pada itu, telinga saya tertangkap kepada satu suara yang agak keras.
"Nak ikan ni ke? Tak nak pula. Kau ni mengada-ada lah". Kelihatan si bapa tadi memarahi anak kecilnya yang saya kira seusia dengan anak lelaki saya Umar.
Saya seperti terhenti melihat keenakan lauk-pauk di hadapan mata saya. Mata saya mula tertumpu kepada wajah si anak kecil itu dengan perasaan kasihan.
"Kenapa anak itu di marah di khalayak ramai? Malu dia. Anak itu juga mempunyai perasaan malu", saya berkata-kata dalam hati.
"Nah, pergi duduk sana!" sekali lagi si bapa mengarahkan dengan suara yang agak tinggi kepada si anak. Saya melihat pada wajah si anak ketidakpuasan hati. Mungkin juga kerana tidak diberi peluang untuk mengintai-intai lauk-pauk yang terhidang. Saya yakin anak itu teringin melihat kesemua lauk sebelum lauk yang menjadi pilihan disenduk ke pinggannya yang sudah berisi nasi.
Anak mata saya melihat dari kejauhan.
"Kalaulah dia anak saya?" hati saya berkata sendirian.
Saya meneruskan penjajahan lauk-pauk tadi. Seperti selera saya sudah mati dengan kejadian tadi. Mudah sahaja saya mencedok ikan bakar talapia sedikit kuah masak lemak kuning. Fikiran saya berkecamuk.
Saya berjalan menuju ke meja saya di hujung sana sambal mencuit pinggang anak saya.
"opocot! ", Latah si Lana.
"Mama ni!" Sambung si Lana.
"Dah, pergilah ambil nasi. Nak dekat pukul 2 nanti kita nak jemput Papa pula", kata saya.
"Eh, dia orang duduk sebelah meja aku rupanya", saya berkata dalam hati. Rupa-rupanya mereka sekeluarga booking meja sebelah saya.
Saya hanya memerhatikan gelagat mereka sekeluarga. Oh, memang begitu rupanya cara mereka berkomunikasi. Saya cuba menerima dengan pandangan positif walaupun jauh di sudut hati saya amat tidak berpuas hati.
Begitulah ceritanya. Saya yakin rakan-rakan dan juga sahabat-sahabat pembaca saya ada banyak cadangan kan? Nasihat saya juga peringatan kepada diri sendiri, didiklah anak seperti seorang yang terhormat. Jadikan anak-anak sebagai rakan kita, sahabat kita. Jadikan telinga kita sebagai pendengar kepada cerita-cerita remeh mereka kerana daripada remeh itu ia akan menjadi sangat padu….😁
Entri 58
Assalamualaikum w.b.t
Percutian pendek di Lexis Hibiscus Port Dickson amat menyeronokkan buat saya dan anak-anak. Walaupun percutian ini sebenarnaya menumpang nama suami. Hihhi.. mereka kata 'family day'. Rupa-rupanya pasangan pergi kursus, family sendiri pergilah berzumba dengan air kolam ke air laut ke… macam tu lah ceritanya..
Mesti you all suka tengok gambar kan... Alhamdullilah saya dan anak-anak menumpang rezeki, kalau sendiri yang bayar rasanya dah bertahun-tahun kami tunggu harga turun tak turun turun…😅
|
Ni lah gambar kolam privasi yang memang terkenal di sini. Gambar di ambil waktu malam sebab kami sampai dah maghrib.. |
|
Bilik yang menyediakan dua katil king.. alhamdullilah |
|
Di ambil di tingkat 2 |
|
Memang nampak rupa bunga raya |
|
Pemandangan daripada tingkat 2
|
|
Apa yang dimenungkan tu Lana? |
|
Boleh ronda-ronda naik basikal harga untuk single basikal dan double basikal. Seorang di charge RM 20 |
|
Kami makan tengahari di sini. sedap dan banyak pilihan. Boleh google PD Famous Cendol Coconut. Perjalanan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke situ daripada Lexis Hibiscus |
|
Nak balik bilik. Tidur la pulak
|
|
Di sini juga ada disediakan Indoor Game. Namanya Kids World. Setiap seorang dikenakan bayaran RM 20.Selain aktiviti memanjat ada juga disediakan aktiviti melukis dan mewarna.
|
|
Lana sedang mencuba bakat melukis. Pandai juga anak Mama ni melukis |
|
Taraaa.. dah siap. Nanti balik kita frame ye |
|
Mandi lagi |
|
Dan lagi… memang tak puas lah.. |
|
Tempat yang disediakan untuk pengunjung menikmati selera makanan Malaysia. |
|
Buat magik pulak si Umar nih |
|
Teropong...hihihi |
Begitulah sedikit gambaran tentang Lexis Hibiscus Port Dickson, memang menyeronokkan. Sangat berbaloi dengan harganya….😁
Jumpa lagi di Lexis..hihihi
Instagram : siti.khairulbariah
YouTube : siti khairulbariah family
Entri ke 54
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari pertama UPSR buat anak saya Lana Shafia. Semoga Kakak dapat menjawab dengan tenang dan berjaya dalam UPSR.
Jam 6.40 pagi kami sudah bertolak keluar dari rumah untuk menghantar Lana ke Pusat Peperiksaan SK Sg Ramal Dalam. Saya melihat wajah Lana dalam keadaan tenang, dia kelihatan tenang. Insyaallah dia juga boleh menjawab dengan tenang. Apabila tenang, pastinya fikiran kita mudah berfikir dengan waras. Saya hanya boleh menghantar di pintu pagar sekolah sahaja. Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar sehingga ke dewan peperiksaan. Tiba-tiba hati saya sayu dan bangga melihat anak sulung sudah mula akan meninggalkan persekolahan rendahnya. Anakku sudah semakin dewasa bermakna aku juga sudah semakin menginjak ke usia yang semakin emas. Alhamdullilah... semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik-baik pada kami suami isteri supaya dapat melihat anak-anak membesar serta menjalani kehidupan rumahtangga mereka.
Melihat Lana melangkah ke pintu pagar sekolah… teringat kisah saya semasa hari pertama menduduki peperiksaan UPSR. Saya merupakan batch kedua UPSR pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Senawang. Sebelum ini ia di kenali sebagai Penilaian Darjah 5. Pada awal pagi, Mak menyiapkan sarapan seperti biasa. Awal Mak bangun sebab van sekolah akan dating mengambil saya ke sekolah pada jam 6.45 pagi. Pada pagi itu Mak berpesan supaya baca doa sebelum menjawab soalan. Arwah Abah ada membacakan doa dan menghembuskan ke muka saya. Jampi la kannn. Pandai juga Abah nih…
Semasa di dalam dewan peperiksaan … alhamdullilah… saya dapat menjawab dengan tenang walaupun ada juga soalan yang aku tibai... hahahah… Bila dah habis jawab soalan hati ini ada juga terasa senangnya soalan UPSR tapi tak tahu lah sebab rasa mungkin markah sipi-sipi. entahlah...masa itu hanya bertawakkal pada Allah Taala sebab kita sudah mencuba. Zaman saya menghadapi UPSR, saya tidak pernah ambil kelas tuisyen. Lagipun Arwah Abah kata cukuplah pergi kelas tambahan di sekolah. Saya fikir Arwah Abah tak cukup duit. kannn
Disebalik UPSR ini sebenarnya, saya menyimpan impian yang sangat tinggi untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Jadi saya memang target nak capai 5A. sekarang 6A kannn…
Alhamdullilah....keputusan UPSR saya memang cemerlang….hihihi…..5A … pwettt
Doaku dimakmulkan…..alhamdullilah....Dengar-dengarnya seramai 82 orang memperolehi 5A daripada 200 lebih calon di SK Senawang.
Tapi impian untuk ke sekolah berasrama penuh tidak tercapai…. kenapa? kita cerita bab lain nanti ye....
Mungkin Allah menyediakan sesuatu yang hebat untuk diri saya sebenarnya… siapa tahu...
Tap
Entri 53
Catatan Harian;
Assalamualaikum w.b.t
Sudah sebulan saya tidak menulis dek kerana kemalasan walaupun hari-hari sentiasa rasa di panggil untuk menulis blog. Jadi jangan ikut cara saya… teruslah menulis kerana setiap tulisan kita sebenarnya adalah ilmu untuk orang lain tanpa kita sedari.
Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang niat baik-baik. Maksudnya di sini sentiasa bersangka baik pada Tuhan kita iaitu Allah Taala. Pada dua hari lepas, saya menerima satu WhatsApp daripada geng muslimah di kawasan rumah saya. Sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan semua saya sudah mengikuti 3 kali kuliah dhuha Bersama Ustazah Dr Sholihah Kaswari, belajar tentang ilmu tauhid sangat best dan senang untuk difahami. Saya ada upload kelas dhuha yang lepas ini di YouTube. Boleh search di youtube atas nama penuh saya.
Ada satu cerita yang saya suka kongsikan di sini. Selepas 2 kali belajar untuk kelas dhuha, Ustazah ada menyatakan dia ada buat buku khas untuk kelas ini. Saya mendengarnya dengan penuh rasa bersyukur memandangkan kadang-kadang saya tidak dapat menulis nota yang tertera di papan putih. Di tambah pula bahasa yang digunakan oleh Ustazah pada aras tinggi. Alang-alang mungkin terpejam saja mata kita sepanjang kuliah beliau. Setelah habis kelas saya pulang ke rumah sambal menunggu WhatsApp daripada ketua muslimah. Saya mengagak mungkin harga buku itu dalam RM 20.
Selepas seminggu berlalu, saya menerima WhatsApp daripada group muslimah diketuai Kak Siti Jariah tentang pembayaran buku tersebut. Sebenarnya saya agak terkejut dengan harga buku itu tetapi sebenarnya ok aje. Lagipun ia memang buku yang sangat bermanfaat ditambah pula dengan ilmu daripada Dr Sholehah. Saya terkejut sebab saya tidak kecukupan wang untuk membayar buku itu. Pada masa itu hati saya berdetik… "Kalaulah dapat buku itu percuma seronoknya lah" tapi dalam masa yang sama hati saya juga berkata-kata "siapa kita sampai nak dapat free"... saya memujuk hati dengan mengatakan insyaallah pasti ada rezeki untuk saya membayarnya. Saya terus menyenaraikan nama saya dalam senarai 'berminat untuk membeli'. Saya malas nak minta duit pada suami memandangkan gaji belum masuk lagi.
Namun apa yang terjadi, pada petang itu saya mendapat panggilan daripada jiran kesayangan saya, Mas. Mas memberitahu nak hantar buku yang saya pesan memandangkan dia ambil sekali untuknya semasa menyinggah rumah Kak Siti Jariah yang terletak di lorong sebelah. Saya amat terperanjat apabila Mas beritahu dia sudah bayarkan sekali buku itu pada Kak Siti Jariah. Pada masa itu hati saya terus berkata-kata baiknya Mu Ya Allah. Kau mendengar setiap kata-kata hambaMu. Alhamdullilah...
Kesimpulan daripada kisah ini, saya katakan sentiasa bersangka baik lah dengan Allah. Apabila kita bersungguh-sungguh ingin menuntut ilmuNya. Tahulah Dia cara untuk membantu kita… alhamdullilah aminnn..
Buat Mas.... semoga dirimu sentisa dimurahkan rezeki yang luar biasa dan dipelihara daripada bencana buat seluruh ahli keluarganya. aminnn
Instagram : siti.khairulbariah
YouTube : siti khairulbariah family
Entri 52
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni saya nak tanya? Sebelum anda tidur...ada tak terfikir dan bercadang nak buat apa...selepas celik mata. Selalunya kita akan fikirkan perkara 2 jam selepas kita celik mata. Selalunya lahh...itu saya…
Kadang-kadang celik mata kita yang pertama adalah pada jam 2 pagi… betul tak? dan kita terpejam semula… saya juga begitu sangat selalu…
Pada minggu lepas , selepas saya mendengar ceramah seorang ustazah. Beliau mengatakan Allah mengajar kita dengan pelbagai cara dan Allah juga mengejutkan kita dengan pelbagai cara. Dan sebenarnya Allah mengejutkan kita pada jam 2 pagi itu untuk mengingatkan kita supaya ingat padaNya. Solat Tahajjuad padaNya… Allah sayangkan pada kita…
Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya mula-mula bangun solat tahajjud. Semasa saya ingin menduduki SPM, saya boleh bangun malam dan senang bangun malam. Kenapa senang sebab saya bermatlamat untuk cemerlang dalam SPM. Memang betul Allah kejutkan saya tepat jam 3 pagi. Namun saya hanya kadang-kadang sahaja melakukakn solat tahajjud. Saya terlupa bahawasanya yang berikan kejayaan itu sebenarnya dariNya. Penyayangnya Allah..Allah berikan keputusan cemerlang pada saya.
Semasa saya ingin mencari jodoh yang sesuai untuk pasangan hidup saya. Saya mohon pada Allah untuk kejutkan saya ada jam 2 pagi sebab saya nak berdoa dan beribadah padaNya, mohon padaNya supaya jodoh saya adalah pilihan terbaik daripadaNya. Allah memang sentiasa celikkan mata saya tepat jam 2 pagi. Saya melakukan secara istiqamah selama 3 bulan. Namun apabila saya sudah dapat apa yang saya hajati saya lupa semula untuk istiqamah dalam beribadah padaNya tiap-tiap pagi.
Semasa saya bekerjaya, saya mula memberi alasan untuk tidak bangun lagi solat tahajjud. Allahuakbar… penat dan sakit badan sentiasa bermain di minda saya bertahun-tahun lamanya. Allah kejutkan saya jam 3 pagi, namun saya hanya melepaskan hajat ke bilik air dan sambung semula tidur. Sedangkan kaki ini sudah melangkah untuk mengambil wuduk. Walaupun begitu, Allah tetap beri rezeki yang luar biasa pada saya. Syukur Alhamdullilah... Baiknya Allah pada kita.
Selama ini saya solat tahajjuad hanya ingin meminta untuk diri sendiri sahaja. Betapa kerdil dan sombongnya saya. Bukan solat kerana kita adalah hambaNya. Tuhan yang menciptakan kita… Bila sudah dapat apa yang kita hajati kita lupa. Manusia mudah lupa, memang betul manusia mudah sangat lupaaaa…
Ustazah kata sebenarnya Allah nak kita ingat padaNya… Tugas kita mengingatkan antara satu sama lain dan cuba terus terusan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Apabila kita ingat dan sujud padaNya, kita jangan risau tentang yang lain tentang duniawi. Tahulah Allah mengaturkan. Wallahu'aklam…
Begitulah sedikit perkongsian saya pada hari ini, saya tidak mengata pada yang lain tetapi ia sebagai peringatan kepada diri saya tentang jam 3 pagi.
Entri ke 51
Assalamualaikum w.b.t
Sepanjang hidup ini saya rasa amat bertuah dan bersyukur kerana pernah menjejakkan kaki ke kota Paris selama 2 kali. Pertama saya mengikut suami bertugas dan yang keduanya saya pergi bersama syarikat Zhulian kerana berjaya memenuhi syarat-syarat sebagai pengedar cemerlang.. cewahh.. sebab cemerlang jadi syarikat bawa lah pergi jenjalan.
Apa yang saya ingin kongsikan kali ini bukanlah tentang pengalaman pengembaraan saya sebenarnya. Saya yakin ramai di kalangan kita yang pernah dan banyak kali menjejakkan kaki di Kota Paris... kota fesyen orang kata. sebenarnya saya nak kongsikan tentang impian.
Sejak kecil lagi...saya memang berimpian untuk pergi melancong ke luar negeri dan belajar ke luar negara bila besar nanti. Bermula UPSR, SRP dan seterusnya SPM... impian saya tidak pernah padam dan saya sentiasa berdoa. Selepas SPM saya cuba untuk apply belajar ke luar negara tetapi keputusan SPM saya tidak cukup syarat untuk melayakkan diri untuk belajar hingga ke luar negara. Namun saya bersyukur rupa-rupanya Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar… saya berjaya ke Paris pada usia yang amat sesuai… Allah kirimkan doa saya untuk sampai ke Paris bersama suami dan anak-anak.. alhamdullilah
Jadi kesimpulannya… teruskan berdoa pada Allah kerana Allah lebih mengetahui daripada kita…Jangan berburuk sangka padaNya..
Kalau ada gambar senget tuhhh… abaikan je lah ye...hahahaha….
Tak pa...ramai boleh check kat google...
Boleh juga kunjungi YouTube saya : Siti Khairulbariah Story …. Jangan lupa subscribe😁
byeeee...
Catatan pengalaman si pengembara
Entri 50
Assalamualaikum w.b.t
Bila sebut pasal jogging ramai di kalangan kita pasti ada melakukan sekali, dua kali ataupun berkali-kali... Di kalangan masyarakat kita ia sudah menjadi trend, tidak seperti dulu-dulu ke saya yang tidak perasan.
Saya masih ingat ketika saya mula berjinak secara serius untuk berjogging di waktu pagi, ia terlalu sukar. Kenapa jadi seperti itu kerana tiada yang menolak saya…. hahahha sampai tersungkur malah suami juga tidak memaksa saya. Baik kan...katanya mama dah kurus dah tak yah jogging. Tetapi jauh di sudut minda saya sering saya tertanya-tanya kenapa semakin meningkat usia saya merasa kelesuan walaupun saya jenis menjaga makan tetapi masih berasa kelesuan. Di situlah saya mula membaca buku-buku dan juga artikel-artikel dalam majalah. Pakar kesihatan mengatakan melakukan kerja-kerja rumah masih tidak mencukupi untuk pembakaran kalori dan masih belum capai tahap penjagaan jantung kita. Ye la kan... kadang-kadang kita buat kerja-kerja rumah dalam keadaan terkejar-kejar tak tenang langsung… dah jadi macam lipas kudung pun ada… nasib baik tak jadi lipas.. sebab kadang-kadang kita ni kejap jadi harimau kejap jadi cikgu jadi kucing… betul tak mommy semua? hihihi kannnn…. ia di kategorikan buat kerja dalam keadaan stress...
Sejak 2 hari ini saya memang keluar jogging sesudah subuh dan masih gelap lagi...pergi berjogging di stadium. Walaupun mula-mula gerun juga bila lihat kegelapan tapi rupa-rupanya ramai yang berlari di tengah-tengah padang tu... perasan kita je rasa yang paling awal sampai...sebenarnya ramai lagi yang lebih awal…. dan saya merasakan lebih tenang sebab suasana yang sejuk dingin pagi… tak lama pun saya ambil masa dalam 20 minit sahaja berlari saya pulang ke rumah… lagipun nak menyiapkan sarapan anak-anak nak ke sekolah lepas tu nak hantar ke sekolah pula...
Jadi kesimpulannya...ok sangat jogging sesudah subuh ni… masa kita akan lebih banyak dan tersusun. Saya berharap saya boleh istiqamah dengan cara ini...cara yang sihat dan mendapat tubuh yang menyihatkan...aminnn
Suasana di stadium.. time ni banyak burung berkicauan. Burung keluar pergi mencari rezeki..
macam-macam boleh praktis kat sini..
Entri 49
Assalamualaikum w.b.t
Cerita perkongsian saya yang seterusnya ialah tentang mesin jahit.. Sebelum ni saya sudah ada mesin jahit tapi sekadar jahit yang nipis-nipis. Saya tak pernah ambil tempahan pun hanya sekadar hobi…
Nak dijadikan cerita sejak tahun lepas saya adalah terjebak dengan group jahit beg. Bermula dari negara orang puteh sampailah ke Malaysia ramainya lah saya jumpa yang menjahit beg. Seronok rupanya menjahit beg ni. Kalau jahit beg memang ada di kalangan kenalan rapat yang ambil tempahan dengan saya. Saya hanya ambil tempahan jahitan totebag sahaja sebab mesin saya memang tak boleh jahit tebal… dah cuba dan memang huru-hara jahitannya. Tak cantik langsung… kalau saya tak puas hati dengan jahitan saya, selalunya saya bagi free je pada kenalan saya yang tempah. Tak sampai hati minta bayaran upah. mmmmmmm
Cerita ini adalah lanjutan dari hari yang sama yang mana saya berkejar membaiki basikal dan seterusnya menerima panggilan daripada En Nazri. Alhamdullilah saya dapat jumpa dengan orang yang sudi menerima mesin lama saya dan mengesyorkan mesin baru pula pada saya… seronoknya lah…
Inilah mesin yang saya trade in
Ini mesin yang disyorkan
Taraaaa…. dah sampai...baru siap pasang…
Kata En Nazri… mesin ini masih baru dalam pasaran Malaysia... mesin jahit portable walking foot jenama singer. Kegunaannya untuk menjahit bahagian yang tebal seperti kulit, PVC, jeans dan kain-kain yang tebal.
Saya amat berpuas hati dengan servis En Nazri. Kepada sesiapa yang berhajat untuk membeli ataupun trade in mesin bolehlah berurusan dengan En Nazri, tel : 019-6173577. Boleh google
naztrading.com.my ataupun
nazri bajuri trading.
Salah satu sebab saya trade in sebab ruang untuk menjahit sudah semakin sempit. Maknanya banyak barang la kannn….dan senang saya nak bawa travel. Kononnya la kan...
Ok … sampai di sini perkongsian saya.. insyallah kita berjumpa di lain entri.
Entri 48
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini nak kongsikan cerita semalam. Banyak betul perkara berlaku...saya kongsikan satu-satu ye..
Saya memang bercadang nak baiki basikal memandangkan dah hampir 3 minggu basikal tergantung di dinding akibat tayar pecah...dah guna memang la pecahkan..lagipun tayar yang saya beli daripada lazada.com dah sampai… leceh la sikit pakai basikal jenis continental ni sebab banyak aksesori dan bahagian-bahagian yang rosak perlu di import..itu pun tokey kedai basikal yang beritahu. Semua barang untuk basikal ini memang kena import. Basikal ini saya beli semasa saya menetap di Korea Selatan... Satu lagi saya baiki handle basikal. Basikal jenis ni walaupun dari Korea juga tapi senang nak dapatkan spare part sebab jenis yang mudah didapati di sini..
Ni lah basikal lipat saya
Ini lah size tayar basikal
Walaupun size 14" tapi RM 125 … mahal kat shipping sebenonya..
Terima kasih di ucapkan kepada En Hakim di Kedai Basikal Go Cycle... Kalau google pun senang je nak dapat. Senang berurusan dengan En Hakim.. Upah ganti tayar dan handle RM 19 sahaja.
Entri 47
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya ingin kongsikan tentang sifat tawakkal.. ia mudah disebut tetapi tidak mudah untuk dipraktikkan.. Cerita ini ingin saya kongsikan kisah tawakkal seorang ibu iaitu Mak saya sendiri..
Mak merupakan seorang wanita yang sangat sabar sesuai dengan namanya Sabariah.. Terlalu banyak keistimewaan yang ada pada wanita ini, sangat cekal, sabar melayan karenah anak-anak tak kurang juga perangai si suami. Saya juga mempunyai seorang kakak istimewa Kak Jora, penghidap autism sejak kecil… Jarang sangat saya melihat Mak melenting memaki hamun dengan suara yang melantun-lantun sampai jiran tetangga dengar. Mak cukup menjaga tutur kata dan kadang-kadang saya katakan tidak adil Mak melalui kehidupan seperti itu.
Tapi hari ni saya bukan nak kongsikan tentang kesabaran Mak saya tetapi tentang tawakkal beliau. Sejak kematian arwah abah, Mak mejadi lebih cekal dalam mengharungi kehidupan. Setiap subuh Mak pasti pergi ke masjid berjemaah jarang sangat Mak tidak ke masjid melainkan jika Mak tiada di rumah. Solat maghrib dan isyak juga Mak ke masjid...jarang pulang ke rumah di antara maghrib dan isyak. Masanya lebih banyak di masjid, katanya rasa tak best kalau tak ke masjid. Bukan itu sahaja solat-solat sunat seperti solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat sudah menjadi darah dagingnya. Mak juga aktif dengan aktiviti-aktiviti masjid Bersama kawan-kawannya seperti marhaban, kenduri kahwin. Hampir kesemua acara di kampung Mak boleh penuhi walaupun Mak tidak pandai memandu dan menunggang motosikal tapi Mak pandai menyusun jadualnya. Itulah kebahagiaannnya.
Ketika awal perkahwinan saya, saya tinggal bersama dengan ibu bapa sehingga saya melahirkan anak kedua. Ketika itu, kerjaya saya menuntut saya banyak ke luar daerah dan saya meninggalkan anak-anak kepada tanggungjawab Mak. Teruk betul rasa perangai masa tu... Walaupun Mak sibuk menjaga anak-anak saya, ibadah rutin yang Mak lakukan sebelum itu tidak pernah terputus kerana menjaga cucu. Mak kata sambil tidurkan Umar habis jugak 1 juzuk Al-Quran. Allahuakbar, jauh sudut hati saya sangat salute dengan Mak. Mak sentiasa mencari peluang dekat padaNya. Mak kata Allah kan ada, boleh jaga… "Mak lari sekejap time subuh tu, Mak bacalah doa moga Allah jaga Umar sambil tidur Mak solat subuh. Balik daripada subuh, Mak tengok Umar tidur lagi."... Mak kata Mak bagi susu kat Umar sebelum pergi masjid. Begitulah Mak, tawakkal pada Allah bahawasanya Allah akan jaga Umar. Saya juga sangat paham kanak-kanak kadang-kadang ada masanya banyak ragamnya. Tapi Mak sentiasa katakan pada saya sentiasa bacakan doa dan ayat-ayat suci supaya hati anak-anak tenteram.
Mak juga ada hobinya tersendiri iaitu bercucuk tanam dan juga membela ikan serta ayam. Walaupun sibuk menjaga keperluan makan minum cucu-cucunya juga suaminya (masa tu abah ada lagi). Rumah Mak di kelilingi pokok-pokok bunga yang rimbun. Bayangkan keluasan tanah rumah Mak tu boleh saya katakan rumah banglo comel tapi banglo ala-ala kampung. Pokok-pokok tumbuh subur malah ada sayur-sayuran yang Mak tanam sendiri seperti kunyit, halia, lengkuas, pisang, jambu batu dan banyak lagi. Pokok-pokok itu seperti memahami kesibukan tuannya dan tidak banyak ragam, mereka terus tumbuh dengan subur. Malah ayam-ayam yang Mak bela juga menjadi-jadi, telur ayam kampung semakin menjadi-jadi. Syukur sangat alhamdullilah. Anak-anak saya tidak pernah kelaparan kerana kesibukan Mak.
Begitulah cerita perkongsian Mak saya, saya memang tak boleh jadi seperti Mak… Semoga Allah kurniakan kesihatan yang hebat buat Mak… mmmuuuaahhh...Mak seorang superwoman!!!
Insyaallah di lain entri saya akan ceritakan lagi tentang Mak lagi...ok byeee
Catatan Harian di pagi yang barakah,
Entri 46
Assalamualaikum w.b.t
Saya ni merupakan seorang yang tidak pandai berkebun tetapi teringin berkebun...dapat suami juga tidak suka berkebun. Katanya biarlah tanah tu luas terbentang… masalahnya ia terbentang dengan semak samun sekiranya ia tidak diusahakan. Dua tahun lepas saya memang ada maid.. bibik seri namanya sebelum tu bibik saya namanya bibik Suci… Bila habis kontrak saya tak sambung dah kontrak bibik saya, baliklah mereka ke kampung halaman… dan sebenarnya yang paling rajin ialah bibik-bibik saya yang mengusahakan tanah di belakang rumah ni… syukur dapat bibik yang rajin.
Bila saya mula berminat untuk menanam pokok. Barulah saya tahu rupa-rupanya tanah di belakang rumah saya ni penuh dengan batu. Patutlah tanam pisang tak jadi, tanam serai mati. Rupa-rupanya batu di bawah tanah banyak. Memang confirmlah pokok mati...kalau tak pun pokok tu tak berbuah langsung, macam 2 batang pokok kelapa saya ni dah lapan tahun macam tu je lah rupanya. Susah sungguh nak membesar, kena minum susu kot…
Sudah hampir 2 minggu saya mengusahakan tanah di belakang ni, yang mana saya berhajat nak tanam pokok durian musang king, manga harum manis dan pokok jambu batu. Mula-mula saya search kat FB.. jomtanamsendiri. Alhamdullilah dapatlah kiranya saya jumpa fb page tanam pokok hibrid. Kalau sesiapa berminat boleh hubungi Puan Farida dari Pahang 011-25458599. Penghantaran yang cukup bagus dan cepat guna khidmat GDEX.
Ni lah dia, tiga pokok hybrid.
Saya buat lubang sedalam 2 kaki, kemudian gantikan dengan tanah organik. Sebelum saya tanam pokok..saya letak baja tahi ayam dan biarkan selama sehari supaya ia sebati dengan tanah.
Teman di kala proses menanam. Ramai pula yang datang..
Pokok Jambu Lohan
Pokok Mangga Harum Manis
Tanah yang digunakan untuk menggantikan tanah yang sedia ada. Boleh dikatakan murah sebab 10kg = RM 10.83. Saya beli di Kedai Living Depot.
Pokok Durian Musang King
Barisan pokok yang sudah di tanam.. alhamdullilah.. Semoga jadilah ye... Pesanan daripada Puan Farida kena siram pagi dan petang memandangkan cuaca panas sekarang nih..
Ok...kena tunggu dia membesar ye
Entri 45
Assalamualaikum
Sebenarnya sudah beberapa kali buat nasi ayam dan puding caramel tetapi kali ini perasaan yang berbeza. Berkobar-kobar nak menyiapkan bukan nak adakan jamuan pun tapi memenuhi kepuasan hati. Kebetulan esok pagi jiran sebelah menyebelah mengajak breakfast potluck di belakang rumah so saya adalah cadangan sikit untuk menyumbang puding karamel.
Nasi ayam pula saya ingin sedekahkan pada jiran sebelah rumah saya Mastura… katanya sedap… terima kasih lah banyak-banyak, berbunga-bunga rasa di hati…
Resepi ini saya ambil daripada website
aziekitchen …. terima kasih banyak-banyak… adalah saya ubah sikit cara masak nasi ayam sikit sebab anak bujang suka ayam nampak lebih garing…
Langkah yang saya tambah selepas saya goreng ayam lebih kurang 20 minit, ayam itu saya panggang selama 20 minit...
Suasana di dapur sambal merebus ayam separuh masak, buat gula hangus...
Ready untuk mengukus puding karamel
ayam yang sedang di panggang selama 20 minit
Ni rupa ayam panggang yang separuh sudah di makan, tak sempat nak buat lawa-lawa sudah disenduk dek Lana sebab katanya nak pergi tuisyen dah...laparrrr
Puding caramel yang sudah siap dok dalam peti sejuk… esok pagi kita hidangkan untuk jiran-jiran ye
Ha...tu la cerita entri saya kali ini… boleh lah nak cuba… 😊😊
Entri 44
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari kedua dalam minggu ini saya pergi berjogging. Sambil berlari kita akan melihat suasana sekeliling yang mendamaikan tenang dengan bunyi kicauan burung bercak-cak di atas pokok… Mulalah mata ni terintai-intai mencari bunyi burung. Malangnya burung tak jumpa tapi selonggok sampah yang bertaburan yang kita jumpa. Sakit betul mata kita melihatnya, ditambah lagi dengan puntung-puntung rokok yang bertaburan di sana-sini. Sebenarnya isu ini dah selalu sangat di utarakan naik jelak pulak….
Bukan saya ingin memuji diri sendiri tetapi realitinya saya memang tidak suka orang buang sampah merata-rata malah ketika berjogging. Saya akan berhenti dan mengutip sampah. Kadang-kadang saya terfkir setelah beberapa kali membuat pusingan tasik, saya melihat sampah yang sama masih ada di situ. Sedih rasanya kerana begitu ramai yang berjogging, tidak ramai yang ambil inisiatif untuk mengutip sampah di laluan larian… Mereka hanya sebagai pemerhati rupanya. Jangan terkejut sering saya mendengar mereka mengatakan sampah itu nanti ada pekerja-pekerja yang akan mengutipnya. Anda tahu pekerja-pekerja itu bukan warganegara Malaysia. Apa salahnya sambal berjogging kita mengutip sampah. Memudahkan kerja orang lain itu lebih murni, jangan hanya mementingkan diri sendiri. Saya amat yakin sekiranya amalan ini menjadi satu tabiat dalam masyarakat kita, negara kita akan menjadi bersih. Negara yang maju bermula daripada kebersihan…
Saya juga mengajak masyarakat sama-sama berjogging menjaga kesihatan. Aktiviti sukan yang paling murah dan mudah. Hanya sarungkan baju yang bersesuaian dan berlari…
ni merupakan rawatan refleksiologi. Saya pakai kasut pun dah terasa sakit telapak kaki tapi ia memang sangat bagus… cubalah..
Bukan sahaja puntung rokok malah pemetik api pun di buang merata-rara
Selepas berjogging, saya singgah sebentar di perpustakaan… buku ini sudah berada di sini… bacalah anda akan terasa getaran hati… boleh juga kalua nak beli di MPH ada…
Ok... sampai di sini entri saya kali ini….mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati Allah Taala…
Aminnnnn
Entri 43
Assalamualaikum w.b.t
Bila dikenangkan kembali, jogging bukanlah hobi saya sejak dari kecil. Bukan juga seorang pelari zaman persekolahan. Namun semenjak usia meningkat ini, setiap kali membaca berita-berita sakit daripada kawan-kawan dan juga kematian yang kebanyakkannya disebabkan sakit. Saya jadi akur bahawasanya sakit tidak datang tanpa isyarat. Tuhan pasti beri isyarat, jadi sebelum ia semakin berkembang dan parah eloklah kita menjaganya sekarang…
Peringkat awal memulakan larian dulu, saya memang semput. setakat 10 minit sahaja selepas itu saya give up, balik rumah… sebelum memulakan aktiviti larian saya seorang yang cepat lesu, tidak bermaya dan mudah mengantuk walaupun saya pemakan supplemen. Entah macam ada satu hari tu saya pun tak ingat harinya… saya ada terbaca kisah orang yang lesu ubatnya adalah dengan berlari… walaupun saya seorang yang cepat lesu tetapi saya sukar tidur malam… orang kata tidur yang tidak nyenyak…Dulu saya fikir saya kelesuan sebab buat kerja-kerja harian rumah ke? atau sibuk dengan urusan pejabat? antara salah satu saya meninggalkan kerjaya saya kerana saya merasakan sangat penat… rupa-rupanya itu bukan masalah utama sebenarnya… sebenarnya saya tidak melakukan aktiviti harian yang sihat… dan kini setelah hampir 3 tahun melakukan larian. Saya sudah hampir selesa dengan jiwa untuk berlari dan suami juga menggalakkan saya.... mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik pada saya serta keluarga
Suasana yang mendamaikan
sambal melihat binatang-binatang ditepi tasik, ini juga terapi…
Kita layan mee goreng mamak … boleh… bersama kopi suam..
Ini saya kira makan tengahari juga...selepas makan kita membaca sekejap… ooo enaknya…
Itulah serba sedikit cerita pada hari ini...mungkin esok cerita lain pula... bye bye