Sesi Persekolahan Anak-anak Di Kanada






Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua pembaca blog ini.  Semoga kalian berada dalam kerahmatan Allah Taala dimana jua berada.  Ok !

Saya rasa teruja untuk kongsikan pasal beg sekolah sebenarnya.  Ramai yang suka saya kisahkan sesi persekolahan dan silibus Canadian. 

Untuk pengetahuan semua, silibus Canada ada macam-macam mengikut province atau negeri.  Sekiranya di Quebec, korang belajar semua dalam French Canada.  Aliran Bahasa Inggeris ada disediakan dalam beberapa kelas mengikut permintaan.  

Macam saya berada di British Columbia, jadi semua pelajaran dalam Bahasa Inggeris secara majoriti.  Tetapi, tetap ada kelas aliran French kerana ada ramai orang Quebec ke sini.  Maksudnya semua subjek dalam French iaitu French Canada. Korang kena tahu Canada adalah negara yang ada dua bahasa utama.  

Jadi, kalau pembaca minta saya terangkan silibus Kanada… boleh rujuk link google Canada Education.  Banyak tau ..hahahh

Sama juga sebenarnya di Malaysia, ada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (public school), ada private school, ada SJKC, ada macam-macam sekolah antarabangsa… saya sendiri pun hanya boleh woww.. hebat Malaysiaku. 😀

Saya sendiri adalah produk UPSR kedua, SRP dan SPM.  Banyak dah umur akak ni Dik Non …tapi banyak pengalaman tau macam-macam sebab jumlah sekolah sebanyak 7 buah. Banyak kan ! 😆

Tak apa… tutup kisah sekolah..

Berkenaan beg sekolah, anak-anak saya memang beg sekolah mereka tidak berat.  Tapi Lana la paling rajin angkut buku bawa balik.  Umar memang relax dan humble.  Katanya dia sentiasa siapkan homework di sekolah.  Jadi katanya, dia tidak perlu bawa sebarang buku balik ke rumah.  Memang beg dia kosong. Aduhai… anak bertuah bujang seorang ni.. 😆

Umar selalu mengata kakaknya tidak siapkan homework.  Tetapi kakaknya kata nak study 😅.  Budak perempuan kan selalu lebih rajin ye tak ? Jangan marah tau…yang lelaki pula. 

Tentang sesi persekolahan pula,  sesi persekolahan bermula jam 8.43 pagi hingga 3.13 petang.  Mesti semua pelik kan… kenapa la letak jam macam tu.  Jawapannya saja jer !! 😂 itulah jawapan yang saya terima daripada pihak sekolah.  Tapi, pada pendapat saya…ingin mendidik pelajarnya. 

Di sini, mengikut percentage dari segi cara pemarkahan.  Setiap pelajar, guru kelas akan memberi komen dalam laporan akhir semester.  Setahu saya, guru akan mencari kebaikan pada setiap pelajarnya.  Komen yang baik…

Ada tak rasa.. kenapa saya letak gambar Lana dan Umar pergi skiing.  Sebenarnya skiing day juga dijadikan sebagai field trip. Mereka tiada kelas pada hari itu dan bas sekolah akan bawa ke Ski Resort untuk bermain skii.  Sebab itu mereka pandai main ski. Untuk Umar next week, saya akan memandu ke Shames Ski Resort bawa dia main ski.. kita join la sekali kan 😅.  Kadang-kadang, pihak sekolah juga akan memberi pelepasan kepada anak-anak murid ke kolam renang.  Buat apa ?  Kita terjun la …

Apabila Spring menjelang, salji pun hilang.  Pihak sekolah akan bawa mereka hiking ke hutan ataupun mengutip sampah di sekeliling bandar di sini. Kadang-kadang juga ada larian.  

Boleh lihat di sini, bagaimana cara sistem pembelajaran di sini. Saya lihat lebih kurang sahaja… jangan kita terlalu banyak membuat perbandingan. Nanti hati kita akan mula lebih banyak melihat kepada negatif.  

Saya ada sertakan link post 

Masa Lana mula join ke High School. 
 Jemput baca ok ! 👌 

 👉🏻 Hari Pertama Ke High School


0 ulasan