Pengalaman Dan Keseronokan Mendapat Gaji Pertama !

Gaji pertama !!!


 Siapa yang tidak gembira apabila mendapat gaji pertama !

Itulah pengalaman buat anak sulung saya Lana apabila berjaya menjayakan projek dalam berkerjaya pada bulan pertama.

Pada beberapa bulan  lepas, Lana dan kawan-kawannya cuba mencari kerja part time selepas waktu sekolah ataupun hujung minggu.  Dan, sebenarnya pencarian serta pengalaman bekerja sambilan merupakan kredit untuk mereka sebagai pelajar High School. Di sini, pelajar sekolah boleh bekerja secara sambilan.  Untuk Lana memang dia tidak dibenarkan bekerja di shopping mall kerana tiada work permit.  Kerana Lana hanya ada visa sebagai international student.

Rakan-rakan baiknya yang merupakan warganegara Kanada ada yang telah mendapat kerja hujung minggu di Pasaraya Save On Food dan No Frills. Ada juga yang menjadi babysitter.

Pada awal bulan Januari, Lana telah mencuba untuk menjadi guru piano bagi kanak-kanak sekitar sini.  Dia telah mencuba menghubungi kawan-kawan saya dan mengiklankan dirinya.  Alhamdullilah, seorang kawan saya ingin menghantar dua orang anaknya yang berusia 6 tahun dan 4 tahun.  Lana mengajar selama 30 minit untuk setiap seorang.  Itupun sudah cukup lama untuk kanak-kanak bawah umur.  Bayaran standard untuk 30 minit ialah CAD 15 dolar.

Lana mempunyai kelayakan untuk mengajar piano daripada level 0 hingga 4.  Kelayakan yang diterimanya daripada Royal Academy Music Canada.  InsyaAllah, pada hujung Jun ini, dia akan tamat untuk level 8 bagi piano. Saya bersyukur padaNya, dia memang tekun menghabiskan piano lesson.  Daripada tidak tahu apa-apa tentang muzik…

Berbalik cerita tadi…

Maka, tiga minggu lepas… rakan baiknya Grace memberitahu Lana tentang kerja sebagai baby sitter.  Grace telah berjaya menjaga seorang kanak-kanak di sekitar rumahnya selama 2 jam.  

Kebiasaannya, untuk jadi babysitter tidak perlu kelayakan.  Samada datang ke rumah yang berkenaan atau kita datang ke rumah mereka.  Selalunya, babysitter akan datang dan layan di rumah orang itu.  Jarang sangat kanak-kanak itu nak datang ke rumah kita.  

Pada mulanya, Lana membuat iklan tentang babysitter menggunakan platform media sosial Facebook saya.  Dia iklankan menggunakan FB group komuniti di lorong perumahan rumah kami.  Alhamdullilah, keesokan harinya Paul dan Erin telah messaged pada suami saya untuk book masa Lana pada hujung minggu.  Kerana, mereka ada event bermula jam 5 petang hingga 10 malam.  Woww… seronok betul nampak mukanya.

Jadi, semalam Lana pergi ke rumah Paul… menemani Harper (anak perempuannya) yang keseorangan di rumah bersama dua ekor anjing. 

Bercerita tentang pengalaman sebagai babysitter.

Bila waktu Maghrib menjelang, saya minta Umar (anak lelaki saya) ambil alih sementara Lana pulang ke rumah untuk solat Maghrib. Nasib baik rumah dekat… boleh juga lari-lari… tapi ok je saya lihat.  Anak-anak saya pandai handle masa solat mereka…

Bila Lana selesai kerja…

Punyalah dia seronok bercerita.  Katanya Harper makan buah strawberries yang Kakak Lana bawa.  Anjing pun tumpang sekali makan.  Hahah… geli hati pula..

Bila Lana ajak membaca komik bersama-sama sambil menonton tv, Kakak Lana kata anjing mereka duduk baring atas peha Kakak… katanya.  ðŸ˜….  Alhamdullilah, Lana sudah berani handle anjing semenjak kami membela kucing.  Korang ingat anjing tu kecil ? No No… besar sangat .. dua ekor pulak.  Tapi comel tau! Macam polar bear.  Saya pun suka je pegang-pegang diaorang ni.  Kalau sofa tu 3 seater tu memang la satu badan dia.  Tapi, anjing di sini memang sudah well trained.  

Ada yang tertanya, pasal sama’ anjing ke ? 

Begini… tanah kat luar banyak kan.  Kita buat seperti apa yang telah kita belajar.  Kita semua belajar subjek Pendidikan Islam semenjak dari Tahun 1… maka, tiada masalah.  

Ok… balik kisah tadi…

Bila sampai jam 9 malam, Harper sudah mengantuk.  Ajak tidur dalam bilik tidurnya. Kakak Lana kata dia diminta oleh Harper untuk membaca buku sebelum tidur.  Ok lah Kakak Lana pun baca.  Kemudian, Harper minta Kakak Lana menyanyi lagu dia… kalau tak dia tak boleh tidur tapi Kakak Lana kata dia tidak tahu nyanyi lagu tu.. tapi dia paksa juga.. namun katanya dia tidak dapat tidur sebab tak puas hati dengan lagu Kakak Lana nyanyi..

Katanya ‘Lana nyanyi tidak serupa macam mum dia nyanyi’

Memang lucu lah budak Harper ni…

Apa-apa pun saya nampak Lana seronok bekerja sebagai babysitter. Di tambah pula Paul membayar sebanyak 60 dolar sebagai babysitter Harper.

Thanks Paul…

Paul kata ‘thank you Lana, Harper got so much fun tonight ’

Begitulah….

Selalunya saya lihat di kaca tv movie mat saleh tentang babysitter tetapi kali ini anak sendiri menjadi babysitter kepada anak mat saleh.  Good job Lana ! 



0 ulasan