Akhirnya Saya Berani Downhill Ski ⛷

Jumaat adalah hari persekolahan di sini iaitu Kanada …

Tetapi, Jumaat kelmarin … suami ambil cuti dan saya pula menjadi peneman kepada Umar.  Umar ada rombongan sekolah ke Shames Mountain Ski Resort.  

Koleksi Sitikb
Pemandangan di Shames Mountain ketika waktu pagi..


Dan, elok pula… ada lagi dua orang kawan baik pada Umar ingin menumpang kereta kami.  Apalagi kan… memang kecoh satu kereta sepanjang perjalanan dengan suara budak-budak di belakang tempat duduk. Hahahha..

Perjalanan dari Kitimat ke Shames Mountain mengambil masa 1 jam setengah. Kawan-kawan sekolah Umar menaiki bas sekolah.  Ada juga yang datang bersama ibubapa masing-masing.

Kami bertolak 7.30 pagi dari Kitimat dan tiba jam 9.15 pagi.  Elok-elok kaunter pendaftaran dibuka. 

Selepas Umar dan kawannya bersiap dengan peralatan ski, mereka bersiap sedia di chair lift.  Nak naik ke atas gunung.

Saya dan suami masih lagi di kaunter untuk menyewa kasut dan ski serta bayaran magic carpet. Magic carpet merupakan satu bahagian yang baru siap pada tahun ini.  Memudahkan kepada ski beginner seperti saya.  Magic carpet itu seperti escalator.  Saya booked temujanji untuk ambil kelas ski.  Dapat jam 2 petang.  Bermakna sepagian ini saya berlatih seorang diri di bunny hill.

Bunny hill merupakan satu bahagian untuk yang baru belajar dan masih lagi berlatih untuk meluncur.  Kalau sudah rasa yakin bolehlah naik ke atas menggunakan chair lift. 

Koleksi Sitikb
Ready untuk meluncur…


Harga untuk belajar selama 1 jam ialah 50 dolar dan sewa ski gears ialah 37 dolar.  Belajar memang tidak lama tetapi itupun sudah cukup kita terumbang-ambing. 😃

Memang habis lah … kiranya.  Pertama kali saya masuk lesson ialah 2 tahun lepas dan ini adalah kali kedua mencuba.  Pengalaman kali pertama memang sangat menyakitkan sampai saya jadi fobia.  Kalau nak tahu.. cubalah.  Jangan takut jatuh…hihihi… belajar kan…kalau jatuh, kita bangun. 

Iye… saya balik jam 3.30 petang.  Kiranya kali ini puas sangat sebab matahari bersinar cantik.  Umar suka sangat sebab dari buka kaunter sampai ski resort tu tutup. Lucu kan.. kita buat macam tempat permainan kita pulak ! 😅


0 ulasan