Catatan Pengalaman Cabaran Semasa Peringkat Awal Kedatangan Kami ke Kanada

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Semasa Cuti Krismas 2021

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Bawa Lana dan Umar Ke Hutan Untuk Bermain Sled



 Beberapa minggu ini, saya banyak menerima response yang baik-baik daripada kalangan pembaca.  Terima kasih dan tahniah… kerana sudi singgah di blog ini.


Kepada yang baru mengunjungi di blog ini, saya ingin perkenalkan diri saya.  


Saya merupakan seorang isteri dan mempunyai 2 orang anak remaja.  Kini, kami menetap di Kitimat, British Columbia, Kanada.  Mengikut suami bertugas di daerah ini.  Pasangan saya mendapat tawaran bekerja di bidang industri di daerah ini secara kontrak.  Maksudnya, habis kontrak InsyaAllah kami akan pulang semula ke Tanahair iaitu Malaysia.


Blog ini mengisahkan #ceritakamidikanada.

Kisah kami anak-beranak menjalani kehidupan sebagai orang Melayu di kawasan pedalaman bumi Canada.  



Ada pelbagai kisah suka duka sepanjang kami melalui kehidupan sebagai anak perantauan.  Ada juga ramai yang bertanya tentang penghijrahan sementara ini.  Boleh skrol di post sebelum ini 👉🏻


Cara Untuk Datang Bekerja Di Kanada ...


Saya sangat faham ramai yang teruja untuk datang berhijrah dan bekerja di sini.  Tetapi, untuk pengetahuan semua, peringkat awal dalam penghijrahan tiada yang manis.  Ia tidak sama dengan orang yang pergi melancong dengan orang yang datang ke Kanada atas sebab mendapat tawaran bekerja.


Ada banyak yang perlu dikorbankan terutama wang ringgit.  Maksud saya persediaan wang tunai.  Satu perkara, kita merupakan rakyat Malaysia yang mana nilai mata wang kita adalah hampir 4 kali ganda rendah dari Kanada.   Ketika ini, nilai mata 


CAD = 3.80 ganda 


Nanti korang kira ye…


Satu perkara lain ialah negara Kanada adalah merupakan antara negara di dunia yang mengalami suhu paling sejuk.  Bila tiba musim sejuk, ada banyak keperluan dan pakaian yang perlu di siapkan.  Minta maaf saya cakap, berkenaan pakaian baju sejuk.  Wajib disiapkan bermula jenis stokin, winter boots, inner (badan dan seluar), topi kepala, seluar salji.  Tak boleh kata, “saya akan tinggal dalam rumah dan pasang heater sentiasa”


Pengalaman saya pada tahun pertama kedatangan kami, sangat terkejut dengan suhu ekstrem di daerah ini.  Habis sakit seluruh badan kerana hanya berselimut dan tak sanggup untuk buat sebarang aktiviti cergas.  Rupanya, bila dalam kesejukan lagilah kita kena buat aktiviti cergas dengan lebih banyak.  Kalau tak badan akan lenguh-lenguh…


Kemudian, kawan-kawan saya mula mengajak saya berjalan-jalan sekitar sini.  Berjalan berkilometer.  Naik bukit… kemudian ajak pergi snowshoeing selama berjam-jam di dalam hutan.  Pergi hiking…


Selepas itu, saya mula berjinak dengan sukan skiing. Nampak mudah tapi ia benar-benar membantu berpeluh. 


Sebenarnya Kanada ini merupakan negara kedua di dunia yang mempunyai keluasan besar selepas Rusia. Dan, juga negara yang mengalami musim sejuk paling lama. Tahap kesejukan minimum pernah saya alami selama menjadi penduduk Kanada iala (-35 celcius).  Suhu yang tidak boleh buat main-main, boleh bawa maut tau !


Sebelum saya terbang ke Kanada, saya sudah berbelanja besar untuk mengadakan segala kelengkapan menghadapi musim sejuk di sini.  Baju sejuk yang saya beli di Malaysia berharga RM 500,  baju itupun sudah semakin rosak.  Mahu tidak, kalau setiap hari pakai selama berbulan-bulan.  Tetapi, sebenarnya saya belanja lagi untuk baju sejuk yang lain di sini kerana baju yang saya beli di Malaysia itu hanya mampu untuk sampai tahap musim luruh sahaja.  Harga baju winter itu bila di tukar dengan RM … memang beribu harganya.  Barulah saya tidak terketar-ketar bila berada di luar rumah… sebab bermulanya awal Disember suhu di sini akan jatuh sehingga (-25 celcius) sehingga hujung Januari.  


Bagaimana dengan sesi persekolahan? Adakah sekolah tutup…


Sekolah tidak akan tutup sebab suhu drop ataupun salji menimbun setakat 1 meter…. Sekolah berlangsung seperti biasa…


Anak-anak di sini tiada uniform khas… korang bayangkan la nak sampaikan depan pintu sekolah… hanya nampak mata sahaja.  Saya tahu anak-anak saya kuat dalam mengharungi cabaran sesi persekolahan di sini. 


Walaupun suasana di sini aman dan nyaman, jauh di sudut hati saya… saya kesunyian.  Tiada lagi kedengaran suara azan.  Tiada lagi suasana berkejaran kerana solat Jumaat.  Surau tiada ini kan pula masjid.


Bab-bab berkawan, peringkat awal saya memang tiada kawan.  Dunia saya hanyalah bersama anak-anak dan suami.  Saya sibukkan diri dengan tugasan sebagai seorang surirumahtangga yang tidak pernah kesudahan.   Tiada wanita dari Malaysia ataupun yang muslim di sini.  Berbulan-bulan kehidupan saya banyak dengan membaca serta mengunjungi perpustakaan awam di sini.  


Sehinggalah pada satu hari, saya ternampak satu iklan tentang communication English group yang akan berlangsung di perpustakaan itu.  Alhamdullilah, bermula di situ… saya mula mendapat kawan-kawan juga mengenali penduduk tempatan.  Mula belajar budaya orang Canada, mengikuti aktiviti mereka.  Kadang-kadang keluar minum kopi bersama.  Korang jangan fikir, saya jumpa group muslim ataupun Malaysian.  Sampai ke hari ini… tiada Dik Non….  hihihi…. Adalah sebenarnya tapi tak ramai, boleh bilang dengan jari.


Saya sebenarnya seorang yang tidak mahir berbahasa Inggeris, setakat sembang-sembang tu bolehlah.  Tetapi, bagi saya semua itu bukan topik utama sebab matlamat saya hendak berkawan.  InsyaAllah, dan Alhamdullilah saya dapat kawan-kawan yang wonderful and helpful here.  Very thankful to them. 


Berkenaan dengan perayaan pula, memang saya boleh katakan tak pernah pun pakai baju raya baru sepanjang menetap di Kanada.  Teruk betul kan… malas pun ada sebab bila sejuk nak pakai baju kurung pun rasa menggigil.   Satu perkara terlupa, musim panas di sini pun sejuk jugak.  Paling tinggi 27 celcius, itupun dalam 3 jam sahaja.  Kemudian, drop semula belas-belas celcius.  Hihihi…


Kebetulan, anak-anak dan suami juga bekerja.  Aidilfitri dan Aidiladha jatuh pada hari sekolah.  Mereka suka ke sekolah… so tak apalah… macam sedih kan bunyinya.  Tak ada sebenarnya, sebab suasana itu tiada di sini.  Jiran tetangga pun tidak tahu kami berpuasa Ramadhan.  So bila kami sebut pasal Aidilfitri juga ramai yang tidak perasan.  Mana ada takbir di televisyen. Hihihi… 


Bagi saya dan suami, kita buat yang wajib.  Semuanya keranaNya.  Rezeki datang ke Kanada juga adalah dariNya.  Tak perlu kecoh sampai satu daerah beritahu kita sambut Aidilfitri.  Buat sekadarnya…


Anak-anak tak sedih ke? Itulah masalahnya… diaorang kata biasa je … adoi laaa anak-anak. 


Ok, begitulah serba-sedikit cabaran-cabaran yang saya hadapi ketika peringkat awal.  Alhamdullilah, pada saya sekeluarga… itu sahaja kot.  Bab makanan… kami ok je makan apa-apa asalkan ia halal dan bukan pork or bacon ataupun seumpamanya…


😉😉


0 ulasan