Cara Untuk Datang Bekerja Ke Kanada

Salam sejahtera dan Assalamualaikum semua.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana ramai yang bertanya kepada saya tentang 'Cara Untuk Datang Bekerja Ke Kanada'.  Masing-masing sangat teruja untuk mengetahui lebih lanjut, lebih-lebih lagi bila melihat post saya bermain salji.  Syukur ...  saya pun seperti kalian juga, sangat sangat sangat excited nak jumpa salji.  Keajaiban Tuhan yang sangat indah...

Nasihat saya, kalau niat untuk datang bekerja di Kanada sebab utama salji... baik ubah sedikit niat itu.  Nanti tak boleh adaptasi dengan keadaan persekitaran dan suasana masyarakat di sini. 

Sedikit saya ingin kongsikan perasaan saya mula-mula sampai di sini.  Terkejut, sedikit ketakutan, kerana saya beranggapan kami sekeluarga tinggal di kawasan bangunan pencakar langit seperti yang dilihat di kaca televisyen.  Ada banyak kedai dan tempat shopping... begitulah..

Rupanya semua anggapan saya salah... saya mengambil masa beberapa minggu untuk adaptasi diri dengan suasana.  Kanada memang terkenal dengan suhu yang sejuk.  Antara negara yang sejuk di dunia.  Memang saya ada bawa baju sejuk, kot-kot yang dibeli di Malaysia.  Boleh semuanya di pakai tetapi perlu di tambah lagi mengikut kesesuaian semasa.  Kebetulan, saya sampai pertama kali ke sini pada musim peak winter.

Benar sekali, saya dan suami berbelanja besar untuk pakaian sejuk sahaja serta kasut.  Perbelanjaan makanan halal agak mahal juga di sini.  Beberapa bulan agak kekeringan poket... dalam tempoh menyesuaikan diri.

Pada mulanya, saya dan suami tidak mahu membeli kereta.  Hanya ingin gunakan pengangkutan awam sahaja kemana-mana.  Namun, selepas masuk bulan kedua... kawan-kawan mat saleh kata lebih baik ada kereta.  Kecil pun tak apa... di situ kami belanja 5 ribu dolar untuk down payment bergantung jenis kereta. Sukar hidup di kawasan hutan seperti di sini sekiranya tiada kenderaan... musim sejuk agak sukar untuk berjalan kaki kesana-sini.

Tetapi, lama-kelamaan syukur alhamdullilah... saya boleh handle keadaan.  Di sini, tiada kantin untuk makan ye.  Setiap hari, saya akan siapkan bekalan makanan untuk suami dan anak-anak iaitu makan pagi dan makan tengahari.  Dan, suasana itu tidak pelik di sini orang bawa bekal besar-besar ke tempat kerja atau sekolah.

Lagipun, untuk muslim memang tiada makanan yang halal di restoran.  Jadilah tukang masak di rumah ye..

Kepada yang bertanya, tentang hidup di kotaraya.. memang best dan mudah tetapi kos juga tinggi.  Jangan fikir macam cerita Hollywood tu ye.  Saya tahu, ramai yang fikir bila tinggal di tempat saya mesti banyak ketinggalan daripada segi pelbagai perkara.  Kanada sebenarnya adalah kerajaan yang merancang dengan baik untuk penduduk mereka dari segi kediaman, tempat membeli-belah barang-barang dapur, sekolah, tempat riadah dan hospital.

Walaupun saya tinggal jauhhhh sangat dari Vancouver... dua hari memandu baru sampai, kelengkapan seperti di atas semua lengkap.  Saya katakan cukup dan memadai keperluan kita sebagai manusia.   Sama juga dengan daerah-daerah kecil yang lain.  Kerajaan Kanada sangat telus dengan rakyat.

Tentang masjid dan muslim pula, jika tinggal di bandar besar keperluan untuk mendapatkan barang halal juga mudah sebab banyak kedai Asian. Dan juga masjid banyak...penting itu semua untuk jaga akidah dan iman kita sekeluarga.  Kanada mengamalkan free country, maksudnya tiada masalah sosial di sini.  Masing-masing boleh mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa ragu-ragu.  Dan, jangan condemn kehidupan orang lain.  Kalau terjumpa atau terdengar mereka ada kawan atau partner maknanya mereka hidup tanpa perkahwinan.  Atau, terjumpa pasangan mereka perempuan dan perempuan... lelaki dan lelaki sebab di sini boleh ada perkahwinan sejenis.  Kita doakan sahaja mereka mendapat hidayah dan balik ke pangkal jalan.  Hormat sesama manusia lebih baik daripada kita condemn.  Banyak condemn... kena hantar balik kampung semula..kan..

Di sini juga, membela binatang kesayangan menjadi keutamaan... dan ramai kini tidak mahu ada anak di Kanada sebab kos pembelajaran terutama peringkat universiti mahal.  Bela anjing lagi bagus kata mereka...

Di bawah ini saya sertakan link untuk mencari pekerjaan di Kanada.  Ada disertakan link-link employer. 

Eh, kenapa pula link immigresen kan.  Untuk pengetahuan semua, kerajaan Kanada ini telus...nak cari kerja melalui immigration sebab kita orang luar kan.  Lain la kalau kita Canadian.  Boleh juga gunakan agen tetapi mungkin ada kos lain... cara begitu boleh di google.. cadangan saya begitulah.  Saya fikir pembaca saya semuanya orang-orang hebat kan..yang baca entri saya kali ini, pasti yang sudah nekad untuk datang bekerja ke Kanada. 🙂

👉🏻 https://www.immigration.ca/job-search-immigrants


Semoga berjaya semua yaaa!!

Di bawah ini merupakan post-post saya mula-mula sampai ke Kanada.  

👉🏻 Penghijrahan ke Kanada

👉🏻 Next Catatan Perjalanan ke British Columbia, Kanada 


Semoga ia membantu kalian semua untuk mendapatkan beberapa maklumat.

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb


0 ulasan