Catatan Perjalanan ke British Columbia, Kanada

Entri ke 59

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini matahari bersinar dengan terang tetapi suhu tidak seperti matahari yang bersinar.  Pada ketika ini suhu dalam -10 degree but feels like -17 degree jam 10 pagi.  Begitulah kehidupan di negara 4 musim.  Semalam 8 degree hari ini boleh jatuh ke paras beku.  Sentiasa melihat ramalam cuaca supaya kita lebih bersedia.

Hari saya nak bercerita tentang catatan pengalaman perjalanan kami sekeluarga dari Malaysia ke Kitimat, British Columbia, Kanada.

Kami berlepas pada sehari sebelum hari raya cina.  Sebenarnya persiapan untuk ke negara Kanada bukanlah semudah seperti ke negara Korea Selatan, Indonesia.  Kenapa saya rasa sukar kerana Kanada kita perlukan Visa.  Ditambah pula kami ke sini bukan sebagai pelancong, maka dokumentasi lebih rumit.  Antara dokumen yang perlu disiapkan:-

1) Visa/permit bekerja
2) Sijil-sijil pelajaran iaitu SPM, Diploma, Ijazah (perlu di tukar kepada Bahasa inggeris) boleh dibuat pengesahan di Institut Terjemahan Negara
3) Sijil Nikah / sijil perkahwinan (perlu ditukar kepada Bahasa inggeris)
4) Sijil kelahiran termasuk semua ahli keluarga (perlu ditukar kepada Bahasa inggeris)
5) Sijil Pengesahan Kelakuan Baik (Certificate of Good Conduct) - kena dapatkan di Kementerian Luar Negara.
6) Penyata bank selama 6 bulan (suami/isteri) wajib dikepilkan sekali.
7)  Sijil/Laporan polis untuk setiap negara yang pernah kita lawati melebihi 3 bulan.

Itu sahaja dokumen yang perlu disiapkan.

Paling banyak yang perlu saya uruskan bersama suami ialah urusan nom 7.  Paling lama dan leceh.  Memandangkan saya dan suami pernah menetap di beberapa negara lebih daripada 3 bulan sebelum ini.  Kami perlu untuk memohon pada setiap negara tersebut melalui kedutaan mereka di Kuala Lumpur.  Ada 4 kedutaan yang kami terpaksa pergi untuk dapatkan laporan polis iaitu sijil kelakuan baik.  Alhamdullilah urusan ini semua selesai hampir 5 bulan.  😊  Lama kan?  Ya, memang menuntut penuh kesabaran melayan karenah di pejabat orang.

Selepas semua dokumen siap kami perlu ke Wisma MCA wakil Kedutaan Kanada untuk menguruskan urusan finger print dan cop visa.  Hampir 2 minggu baru...kami dapat passport daripada Singapura.  Kedutaan Kanada yang utama terletak di Singapura.  Untuk urusan  di sini, tidak kira samada kita pergi sebagai pelancong ataupun bekerja wajib datang ke sini.

Tentang penerbangan pula, sebenarnya banyak pilihan samada kita nak ikut laluan jauh ataupun yang paling dekat.  Perjalanan yang paling dekat untuk sampai ke sini mengambil masa hampir 26 jam... 2 kali transit 3 kali bertukar penerbangan.  Sekiranya kita berhasrat nak ikut laluan ke Eropah, boleh juga tetapi bersedia untuk transit 4 kali dan perjalanan lebih 30 jam.  Saya brsama suami sepakat memilih mengikut laluan Lautan Pasifik.  Harga setiap seorang lingkungan RM 3500 kelas ekonomi tidak termasuk penginapan dan makanan.  Kena siapkan wang lebih memandangkan pertukaran dengan RM hampir 4 kali ganda.  Kena sentiasa monitor.   😁

Jeng, jeng, jeng… Dari Malaysia kami bertolak jam 8 pagi tapi sampai ke KLIA jam 5 pagi memandangkan ada 12 bag yang perlu diuruskan serta scan dan dibungkus rapi.  Memang persediaan lebih teliti kali ini sebabnya bawa kanak-kanak dan perjalanan yang memenatkan.  Apa-apa pun Mama dengan Papa perlu lebih kuat mental. Tepat jam 8 pagi kami terbang bersama Ana Airlines ke Narita Airport, Tokyo, Jepun perjalanan hampir 7 jam.  Sampai di Narita kami transit selama 4 jam.  Alhamdullilah, kami sempat menunaikan solat jamak asar dan zohor.  Kemudian, bila masuk waktu maghrib jamak sekali dengan isyak.  Syukur sangat Allah permudahkan urusan ibadah kami.  Apa yang menarik di sini, walaupun Jepun bukan negara muslim tetapi mereka sangat baik menyediakan ruang solat untuk kami bersolat.  Satu perkara terlupa saya, sepanjang perjalanan kami ke Canada, menu yang disediakan untuk kami menu Halal.  Kita boleh buat 'special request' untuk 'Halal Food'.  Jangan susah hati.  Tetap kenyang sangat.

Selepas transit selama 4 jam di Jepun, bermulalah perjalanan lebih jauh iaitu melebihi 10 jam ke Vancouver, Canada menaiki Air Canada Airlines.  Kalau rasa pening ke? baik siapkan Panadol (paracetamol) hihihi… Bangun tidur 2 ke 3 kali pun masih belum sampai.  Hihihi.. Alhamdullilah sampai akhirnya ke Vancouver, Canada pada jam 10 pagi.  Di sini kami transit selama 7 jam.  Sepatutnya tak lama tetapi memandangkan kami ada urusan di Pejabat Imigresen, Vancouver Airport.  Jadi kami memilih untuk  tangguhkan penerbangan ke Terrace.  Selepas urusan cop passport, kami terus ke Pejabat Imigresen untuk urusan visa/permit kerja dan visa/permit belajar untuk Lana dan Umar.  Hampir 4 jam baru selesai semua urusan.  Alhamdullilah,  sekali lagi Allah permudahkan urusan kami di Pejabat Imigresen.  Ok, lepas ni cari makan dan berehat serta menunggu penerbangan seterusnya ke Terrace.

Jam 6.40 petang, penerbangan ke Terrace dijadualkan berlepas.  Perjalanan kali ini hampir 2 jam.  Hati ini sudah mula rasa lega sebab urusan selama ini sudah selesai dan kami bakal sampai ke destinasi yang dituju. Lana dan Umar sudah mula kelihatan sangat penat.  Sabar ya... sikit lagi nak sampai Kitimat, BC.  Jam 8.40 malam, kapal terbang Air Canada sampai di Lapangan Terbang Terrace.  Airport yang ringkas dan kecil.  Kawasan ini sangat pedalaman bagi kami sekeluarga tetapi insyaallah di sini tempat kami mencari nafkah.

Alhamdullilah, ketika tulisan ini ditulis sudah hampir sebulan kami menjadi pemastautin di bumi Kitimat, BC, Canada.

Nantikan kisah-kisah kami di sini ...😄 #ceritakamidikanada

Beratur untuk bungkus semua bag... cuba tengok ada berapa banyak beg tu.  Penuh makanan je tuh...hihihi




Mr James, pemandu teksi yang kami tempah untuk ke Kitimat

Masing-masing kepenatan menunggu penerbangan seterusnya ke Terrace

Posing sebelum berlepas ke Narita

Byeee Malaysia.  Jumpa lagi!!!

Selamat datang ke Vancouver

Transit di Tokyo

Transit di Tokyo

Urusan scan passport


7 jam transit

bayang-bayang airport

Terrace Airport jam 8.40 malam

Selamat datang ke Terrace.  Suhu ketika ini -22 degree.  Angin kuat sangat bertiup.

Nak berlepas ke Vancouver dari Narita Airport

Baru sampai….tunggu pemandu teksi

Umar dah bosan, sedang menunggu urusan visa/permit kerja dan belajar.

isi perut dulu

Jetlag


Alhamdullilah...dah sampai...tunggun urusan bag










0 ulasan