Penghijrahan ke Kanada

Entri ke 58

Assalamualaikum w.b.t

Kepada rakan-rakan dan juga pembaca blog yang saya hormati.

Ketika tulisan ini di catat, saya sudah berada di bumi Kanada.  😊 Sudah hampir 3 minggu berada di bumi Kanada saya sudah mula boleh menyesuaikan kehidupan seharian seperti di Malaysia.  Walaupun tidak sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya keluarga saya kelihatan gembira.  Alhamdullilah...😄

Kedatangan saya ke mari kerana mengikut suami bertugas dan kami ditempatkan di kawasan yang jauh daripada bandar.  Komuniti disini pun tidak ramai, hanya dalam lingkungan 8,000 orang.  Jadi boleh bayangkan keadaan trafik jem yang tiada… tidak perlu beratur panjang di pejabat pos...ataupun di pasaraya.  Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah masyarakat Malaysia di sini?  Ya, memang ada iaitu seorang kenalan daripada Malaysia dan kami sekeluarga.  Itu sahaja. Komuniti Islam mungkin ada tetapi saya fikir mungkin tidak sampai 10 orang.  Suami saya ada terjumpa semasa di Kem Asrama seorang warga Indonesia dan beliau tidak membawa keluarga ke sini.  Bermakna tidak ramai komuniti Islam di sini. Walaubagaimanpun,  di sini terdapat pasaraya yang menjual makanan halal seperti daging lembu, daging ayam, sosej, burger.  Wahhh… macam tidak percaya tetapi itulah realiti di sini.  Walaupun berasa kejauhan tetapi apabila melihat makanan halal mudah didapati.  Itu sudah cukup untuk kami rasa lega...😀

Nama daerah ini Kitimat.  ia terletak di negeri British Columbia.  Salah sebuah negeri yang terletak dalam negara Kanada.  Semasa kami sampai di Lapangan Terbang Terrace suhu ketika itu berada pada tahap yang sangat sejuk iaitu -17 darjah.  Mungkin ada yang nak tengok keadaan kapal terbang kami dari Vancouver, Kanada.  Bagaimana perasaan melihat keadaan kapal terbang ke Terrace?  Comel kan...kami yang naik pun comel-comel.  Ok..nanti saya akan ceritakan perjalanan kami dari Malaysia ke Kitimat pada next entri yaaa...😊

Beginilah rupa kapal terbang ke Terrace..


Tentang bahasa, di sini mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan walaupun bahasa perancis juga wajib dipelajari oleh anak-anak di sekolah.

Masyarakat di sini juga lebih peramah.  Mereka rajin bertanya khabar terutama tentang anak-anak dan juga anjing.  Tidak pelik disini dan jangan terkejut setiap rumah pasti ada anjing ataupun bulldog sebagai peneman mereka.  Itu adalah budaya mereka jadi kita raikan sahaja… ok!  satu perkara yang menarik di sini,  masyarakat di sini sangat menjaga kehidupan semulajadi.  Lagipun di sini merupakan habitat haiwan-haiwan liar seperti beruang, moose, ikan salmon, burung helang, memerang dan banyak lagi.  Sekiranya anda ternampak katak di atas jalan raya...anda wajib berhenti dan alihkan katak tersebut di tepi jalan.😁.  Haa… macam tu sekali kecintaan mereka pada alam semulajadi.  Oleh itu kita sebagai orang baru di sini silalah hormati budaya orang sini.  Betul tak?

Kita cuci mata dulu melihat keindahan panorama Kitimat BC

Berada di pintu masuk sekolah.  Kata Principal Mr Railey, salji baru turun malam tadi...


Berhadapan St Anthony School

Bergambar di hadapan sekolah Umar dan Lana

Hadapan City Centre

Hadapan City Centre

Pekan Kitimat

Dalam kesejukan balik dari Tims Horton

Di hadapan kawasan perumahan

Di hadapan simpang tiga di hadapan kawasan perumahan

Caption ini di ambil dari perpustakaan

Baru balik jalan kaki ke kedai berhampiran dengan rumah

Kitimat yang aman
View yang sangat cantik belakang rumah

Rasa udara yang segar



ok...sampai di sini dulu...semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa pada entri yang akan datang …….😍😍


Jangan lupa hastag kami #ceritakamidikanada

Instagram : siti.khairulbariah
YouTube Channel : Siti Khairulbariah 
















0 ulasan