Rupanya Banyak Tempat Di Dunia Turun Salji

Hari ini saya melihat berita tentang London turun salji...

Seronok pula tengok gelagat penduduk di London.  

Juga, saya dapat tahu kawan saya di Texas.  Katanya tidak pernah turun salji semenjak 10 tahun lalu.   Katanya berjam-jam anaknya bermain di luar rumah buat snowman.   Seronok kan...  

Woowww... surprised! She said it was soooo beautiful...

Betul, pemandangan salji memang cantik.  Saya tidak menafikan, memang ramai akan cemburu melihat orang-orang kita bermain riang bersama salji.  Saya pun sebelum pernah memegang salji juga rasa cemburu dan berkeinginan tinggi untuk ke negara-negara 4 musim.  Dan, bila sudah besar saya baru tahu bukan semua negara omputeh itu ada salji contohnya London, California...

Yang jelak melihat gambar-gambar kami, saya minta maaf banyak ye...

Apa yang boleh dibuat kami ketika ini?  Main salji ? 

Sungguh...itu sahaja permainan yang boleh dikatakan gembira ketika ini...Main dalam 1 jam lebih.  Esok lusa, saya tidak pasti boleh main atau tidak sebab semakin sejuk ekstrem.  Lepas itu tak pergi main snow dah sebab salji keras...   Banyak duduk dalam rumah.

Musim sejuk di Kitimat lamaaa, hampir 6 bulan.  Musim salji adalah 2 bulan... tapi saya lihat tahun ini salji tidak sebanyak tahun lepas.  Tak apa, sekurangnya tak penat sangat nak tolak salji hari-hari...

Gambar yang saya kongsikan di sini adalah gambar pada hujung minggu lepas... singgah sebentar di tasik...


Di sebelah saya tu tasik namanya Lakelse Lake...tengok pemandangan tasik yang memutih

0 ulasan