Bila Sampai Masa Kena Renew Insuran di Kanada !

Pagi tadi jam 10 pagi, saya ada temujanji ke ICBC iaitu pejabat yang menguruskan insuran kereta.

Sekiranya nak ambil lesen kenderaan juga kena mendaftar dengan ICBC.  Untuk pengetahuan semua, di Kanada tidak sama undang-undang berkenaan lesen kenderaan. Ia berdasarkan di mana alamat kita menetap.  Sekiranya anda menetap di British Columbia, kena mendaftar dengan pejabat ICBC, sekiranya province lain kena daftar dengan pejabat mengikut province alamat baru masing-masing.  Bayar tau, tiada yang percuma.

Boleh lihat link seperti di bawah

http://www.icbc.com

Untuk kali ini, saya renew sama sahaja seperti tahun lepas.  Bayar insuran mengikut bulanan payment tetapi berdasarkan untuk setahun insuran.

Apa yang menariknya, pada hari ini... sebenarnya suami saya tidak ikut ke ICBC kerana ada mesyuarat dan kerja di pejabat.  Maka, saya lah yang pergi sendirian.  Tetapi pegawai itu kata pemandu utama sebaiknya kena datang sebab saya pemandu kedua.   Namun, tidak mengapa katanya dia boleh bantu dengan cara melalui panggilan telefon.  Jadi, pegawai ICBC itu meminta nombor telefon suami saya untuk menemuramah serta bertanya tentang beberapa perkara untuk confirmation.

Katanya, dia akan gunakan telefon pejabat.  Dalam 20 minit juga mereka berurusan di gagang telefon sambil saya men'scroll' media sosial. 😅 Bukan apa, mencari info nak cerita dalam blog... itu sahaja.  Saya tidak dapat ambil gambar keseluruhan pejabat ICBC kerana ada beberapa tetamu lain juga.

Begitulah cerita saya di ICBC.  Urusan selesai selepas 45 minit.

Koleksi Sitikb


0 ulasan