Entri 57
Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ni saya ingin kongsikan satu catatan pengalaman.....
Pada pagi Jumaat lepas, pertama kali saya akan bertalaqqi di rumah Ustazah Masraha. Saya memperbetulkan bacaan Al-Quran. Hati saya lebih tenang apabila lebih banyak diperuntukkan membaca Al-Quran. Walaupun pada usia ini, saya merasakan bacaan Al-Quran saya lancar, rupa-rupanya bila pergi bertalaqqi banyak lagi yang perlu di perbetulkan. Kadang-kadang saya malu pada Allah kerana pada usia ini masih lagi tidak membaca dengan sempurna tetapi Ustazah Mas kata bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk belajar bertalaqqi... Alhamdullilah... Saya mengambil masa selama 30 minit untuk bacaan 5 ayat Al-Quran. Sebelum ini, saya pernah belajar tarranum bersama Ustazah Fatimah di Johor Bahru. Namun tidak lama kerana selepas 3 bulan saya berpindah rumah mengikut arwah bapa saya bekerja di tempat lain. Selepas itu, saya tidak lagi pergi kemana-mana kelas sehinggalah saya bertemu dengan Ustazah Masraha. Untuk kelas Makhraj dan Tajwid saya telah ikuti hampir setahun pada hari khamis petang juga bersama Ustazah Masraha.
Walaupun kelas itu telah di war-warkan tetapi hanya 2 orang pelajar dewasa sahaja yang hadir. Begitulah, seperti biasa kelas-kelas yang berkaitan Al-Quran tidak ramai yang hadir. Pelbagai alasan yang akan kita dengar. Saya juga seperti mereka juga pada peringkat awal, jadi saya tidak salahkan siapa-siapa pun dalam hal ini. Namun saya berdoa kepada semua pembaca blog saya untuk terus belajar mendalami Al-Quran. Banyak rahsia yang terkandung apabila kita mendekati Al-Quran.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami kelas makhraj dan bertalaqqi Al-Quran bersama Ustazah Masraha boleh hubungi di nombor 019-2339924.
Sekian. Terima kasih.
Entri 56
Entri kali ni bukan cerita luar biasa, tapi ia sebuah kisah yang biasa-biasa kita lihat.
Assalamualaikum w.b.t
Mungkin juga ia pernah di alami oleh kita sendiri dan mungkin juga kita juga pernah lakukan. Saya juga membuat peringatan kepada diri sendiri.
Pada hari sabtu baru-baru ini, saya telah menyinggah sebuah restoran untuk makan tengahari bersama anak perempuan saya Lana. Kami hanya berdua kerana anak lelaki saya pergi ke rumah rakan karibnya yang mengadakan majlis hari jadi. Disebabkan hanya saya berdua, saya telah 'WhatsApp' kepada suami saya yang saya tidak masak tengahari. Jadi saya minta dia makan tengahari bersama rakannya selepas habis permainan golf. Alhamdullilah.. saya mendapat jawapan yang menyenangkan daripada pasangan saya.
Boleh di katakan restoran ini memang sentiasa ramai dikunjungi orang. Mungkin juga kerana masakan kampung yang disediakan amat menyelerakan dan memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Saya memberi peluang kepada Lana untuk memilih posisi meja yang disukai. Selalunya begitulah, saya bersama pasangan memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat keputusan. Lana melabuhkan punggungnya pada kerusi pilihannya dan meminta saya pergi memilih menu saya sendiri di ruang lauk-pauk sementara dia menjadi "penjaga meja". Istilah orang-orang kita kan. hihihi..
Kelihatan seorang bapa menyendukkan nasi untuk setiap anaknya. Seorang demi seorang. Bapa itu berhenti menyenduk apabila sampai giliran saya. Dia menghulurkan senduk nasi kepada saya untuk memberi ruang saya menyenduk sendiri. Walaupun saya ingatkan, dia akan menyendukkan nasi untuk saya. Siapa kita kan? hihihi…
Selesai menyenduk nasi, saya melangkah ke ruang lauk-pauk melihat-lihat masakan yang dihidangkan. Mmmmm… sedap...terlintas di fikiran saya. sehingga saya sudah rambang mata.
Dalam pada itu, telinga saya tertangkap kepada satu suara yang agak keras.
"Nak ikan ni ke? Tak nak pula. Kau ni mengada-ada lah". Kelihatan si bapa tadi memarahi anak kecilnya yang saya kira seusia dengan anak lelaki saya Umar.
Saya seperti terhenti melihat keenakan lauk-pauk di hadapan mata saya. Mata saya mula tertumpu kepada wajah si anak kecil itu dengan perasaan kasihan.
"Kenapa anak itu di marah di khalayak ramai? Malu dia. Anak itu juga mempunyai perasaan malu", saya berkata-kata dalam hati.
"Nah, pergi duduk sana!" sekali lagi si bapa mengarahkan dengan suara yang agak tinggi kepada si anak. Saya melihat pada wajah si anak ketidakpuasan hati. Mungkin juga kerana tidak diberi peluang untuk mengintai-intai lauk-pauk yang terhidang. Saya yakin anak itu teringin melihat kesemua lauk sebelum lauk yang menjadi pilihan disenduk ke pinggannya yang sudah berisi nasi.
Anak mata saya melihat dari kejauhan.
"Kalaulah dia anak saya?" hati saya berkata sendirian.
Saya meneruskan penjajahan lauk-pauk tadi. Seperti selera saya sudah mati dengan kejadian tadi. Mudah sahaja saya mencedok ikan bakar talapia sedikit kuah masak lemak kuning. Fikiran saya berkecamuk.
Saya berjalan menuju ke meja saya di hujung sana sambal mencuit pinggang anak saya.
"opocot! ", Latah si Lana.
"Mama ni!" Sambung si Lana.
"Dah, pergilah ambil nasi. Nak dekat pukul 2 nanti kita nak jemput Papa pula", kata saya.
"Eh, dia orang duduk sebelah meja aku rupanya", saya berkata dalam hati. Rupa-rupanya mereka sekeluarga booking meja sebelah saya.
Saya hanya memerhatikan gelagat mereka sekeluarga. Oh, memang begitu rupanya cara mereka berkomunikasi. Saya cuba menerima dengan pandangan positif walaupun jauh di sudut hati saya amat tidak berpuas hati.
Begitulah ceritanya. Saya yakin rakan-rakan dan juga sahabat-sahabat pembaca saya ada banyak cadangan kan? Nasihat saya juga peringatan kepada diri sendiri, didiklah anak seperti seorang yang terhormat. Jadikan anak-anak sebagai rakan kita, sahabat kita. Jadikan telinga kita sebagai pendengar kepada cerita-cerita remeh mereka kerana daripada remeh itu ia akan menjadi sangat padu….😁
Entri 58
Assalamualaikum w.b.t
Percutian pendek di Lexis Hibiscus Port Dickson amat menyeronokkan buat saya dan anak-anak. Walaupun percutian ini sebenarnaya menumpang nama suami. Hihhi.. mereka kata 'family day'. Rupa-rupanya pasangan pergi kursus, family sendiri pergilah berzumba dengan air kolam ke air laut ke… macam tu lah ceritanya..
Mesti you all suka tengok gambar kan... Alhamdullilah saya dan anak-anak menumpang rezeki, kalau sendiri yang bayar rasanya dah bertahun-tahun kami tunggu harga turun tak turun turun…😅
|
Ni lah gambar kolam privasi yang memang terkenal di sini. Gambar di ambil waktu malam sebab kami sampai dah maghrib.. |
|
Bilik yang menyediakan dua katil king.. alhamdullilah |
|
Di ambil di tingkat 2 |
|
Memang nampak rupa bunga raya |
|
Pemandangan daripada tingkat 2
|
|
Apa yang dimenungkan tu Lana? |
|
Boleh ronda-ronda naik basikal harga untuk single basikal dan double basikal. Seorang di charge RM 20 |
|
Kami makan tengahari di sini. sedap dan banyak pilihan. Boleh google PD Famous Cendol Coconut. Perjalanan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke situ daripada Lexis Hibiscus |
|
Nak balik bilik. Tidur la pulak
|
|
Di sini juga ada disediakan Indoor Game. Namanya Kids World. Setiap seorang dikenakan bayaran RM 20.Selain aktiviti memanjat ada juga disediakan aktiviti melukis dan mewarna.
|
|
Lana sedang mencuba bakat melukis. Pandai juga anak Mama ni melukis |
|
Taraaa.. dah siap. Nanti balik kita frame ye |
|
Mandi lagi |
|
Dan lagi… memang tak puas lah.. |
|
Tempat yang disediakan untuk pengunjung menikmati selera makanan Malaysia. |
|
Buat magik pulak si Umar nih |
|
Teropong...hihihi |
Begitulah sedikit gambaran tentang Lexis Hibiscus Port Dickson, memang menyeronokkan. Sangat berbaloi dengan harganya….😁
Jumpa lagi di Lexis..hihihi
Instagram : siti.khairulbariah
YouTube : siti khairulbariah family
Entri ke 54
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari pertama UPSR buat anak saya Lana Shafia. Semoga Kakak dapat menjawab dengan tenang dan berjaya dalam UPSR.
Jam 6.40 pagi kami sudah bertolak keluar dari rumah untuk menghantar Lana ke Pusat Peperiksaan SK Sg Ramal Dalam. Saya melihat wajah Lana dalam keadaan tenang, dia kelihatan tenang. Insyaallah dia juga boleh menjawab dengan tenang. Apabila tenang, pastinya fikiran kita mudah berfikir dengan waras. Saya hanya boleh menghantar di pintu pagar sekolah sahaja. Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar sehingga ke dewan peperiksaan. Tiba-tiba hati saya sayu dan bangga melihat anak sulung sudah mula akan meninggalkan persekolahan rendahnya. Anakku sudah semakin dewasa bermakna aku juga sudah semakin menginjak ke usia yang semakin emas. Alhamdullilah... semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik-baik pada kami suami isteri supaya dapat melihat anak-anak membesar serta menjalani kehidupan rumahtangga mereka.
Melihat Lana melangkah ke pintu pagar sekolah… teringat kisah saya semasa hari pertama menduduki peperiksaan UPSR. Saya merupakan batch kedua UPSR pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Senawang. Sebelum ini ia di kenali sebagai Penilaian Darjah 5. Pada awal pagi, Mak menyiapkan sarapan seperti biasa. Awal Mak bangun sebab van sekolah akan dating mengambil saya ke sekolah pada jam 6.45 pagi. Pada pagi itu Mak berpesan supaya baca doa sebelum menjawab soalan. Arwah Abah ada membacakan doa dan menghembuskan ke muka saya. Jampi la kannn. Pandai juga Abah nih…
Semasa di dalam dewan peperiksaan … alhamdullilah… saya dapat menjawab dengan tenang walaupun ada juga soalan yang aku tibai... hahahah… Bila dah habis jawab soalan hati ini ada juga terasa senangnya soalan UPSR tapi tak tahu lah sebab rasa mungkin markah sipi-sipi. entahlah...masa itu hanya bertawakkal pada Allah Taala sebab kita sudah mencuba. Zaman saya menghadapi UPSR, saya tidak pernah ambil kelas tuisyen. Lagipun Arwah Abah kata cukuplah pergi kelas tambahan di sekolah. Saya fikir Arwah Abah tak cukup duit. kannn
Disebalik UPSR ini sebenarnya, saya menyimpan impian yang sangat tinggi untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Jadi saya memang target nak capai 5A. sekarang 6A kannn…
Alhamdullilah....keputusan UPSR saya memang cemerlang….hihihi…..5A … pwettt
Doaku dimakmulkan…..alhamdullilah....Dengar-dengarnya seramai 82 orang memperolehi 5A daripada 200 lebih calon di SK Senawang.
Tapi impian untuk ke sekolah berasrama penuh tidak tercapai…. kenapa? kita cerita bab lain nanti ye....
Mungkin Allah menyediakan sesuatu yang hebat untuk diri saya sebenarnya… siapa tahu...
Tap
Entri 53
Catatan Harian;
Assalamualaikum w.b.t
Sudah sebulan saya tidak menulis dek kerana kemalasan walaupun hari-hari sentiasa rasa di panggil untuk menulis blog. Jadi jangan ikut cara saya… teruslah menulis kerana setiap tulisan kita sebenarnya adalah ilmu untuk orang lain tanpa kita sedari.
Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang niat baik-baik. Maksudnya di sini sentiasa bersangka baik pada Tuhan kita iaitu Allah Taala. Pada dua hari lepas, saya menerima satu WhatsApp daripada geng muslimah di kawasan rumah saya. Sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan semua saya sudah mengikuti 3 kali kuliah dhuha Bersama Ustazah Dr Sholihah Kaswari, belajar tentang ilmu tauhid sangat best dan senang untuk difahami. Saya ada upload kelas dhuha yang lepas ini di YouTube. Boleh search di youtube atas nama penuh saya.
Ada satu cerita yang saya suka kongsikan di sini. Selepas 2 kali belajar untuk kelas dhuha, Ustazah ada menyatakan dia ada buat buku khas untuk kelas ini. Saya mendengarnya dengan penuh rasa bersyukur memandangkan kadang-kadang saya tidak dapat menulis nota yang tertera di papan putih. Di tambah pula bahasa yang digunakan oleh Ustazah pada aras tinggi. Alang-alang mungkin terpejam saja mata kita sepanjang kuliah beliau. Setelah habis kelas saya pulang ke rumah sambal menunggu WhatsApp daripada ketua muslimah. Saya mengagak mungkin harga buku itu dalam RM 20.
Selepas seminggu berlalu, saya menerima WhatsApp daripada group muslimah diketuai Kak Siti Jariah tentang pembayaran buku tersebut. Sebenarnya saya agak terkejut dengan harga buku itu tetapi sebenarnya ok aje. Lagipun ia memang buku yang sangat bermanfaat ditambah pula dengan ilmu daripada Dr Sholehah. Saya terkejut sebab saya tidak kecukupan wang untuk membayar buku itu. Pada masa itu hati saya berdetik… "Kalaulah dapat buku itu percuma seronoknya lah" tapi dalam masa yang sama hati saya juga berkata-kata "siapa kita sampai nak dapat free"... saya memujuk hati dengan mengatakan insyaallah pasti ada rezeki untuk saya membayarnya. Saya terus menyenaraikan nama saya dalam senarai 'berminat untuk membeli'. Saya malas nak minta duit pada suami memandangkan gaji belum masuk lagi.
Namun apa yang terjadi, pada petang itu saya mendapat panggilan daripada jiran kesayangan saya, Mas. Mas memberitahu nak hantar buku yang saya pesan memandangkan dia ambil sekali untuknya semasa menyinggah rumah Kak Siti Jariah yang terletak di lorong sebelah. Saya amat terperanjat apabila Mas beritahu dia sudah bayarkan sekali buku itu pada Kak Siti Jariah. Pada masa itu hati saya terus berkata-kata baiknya Mu Ya Allah. Kau mendengar setiap kata-kata hambaMu. Alhamdullilah...
Kesimpulan daripada kisah ini, saya katakan sentiasa bersangka baik lah dengan Allah. Apabila kita bersungguh-sungguh ingin menuntut ilmuNya. Tahulah Dia cara untuk membantu kita… alhamdullilah aminnn..
Buat Mas.... semoga dirimu sentisa dimurahkan rezeki yang luar biasa dan dipelihara daripada bencana buat seluruh ahli keluarganya. aminnn
Instagram : siti.khairulbariah
YouTube : siti khairulbariah family
Entri 52
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni saya nak tanya? Sebelum anda tidur...ada tak terfikir dan bercadang nak buat apa...selepas celik mata. Selalunya kita akan fikirkan perkara 2 jam selepas kita celik mata. Selalunya lahh...itu saya…
Kadang-kadang celik mata kita yang pertama adalah pada jam 2 pagi… betul tak? dan kita terpejam semula… saya juga begitu sangat selalu…
Pada minggu lepas , selepas saya mendengar ceramah seorang ustazah. Beliau mengatakan Allah mengajar kita dengan pelbagai cara dan Allah juga mengejutkan kita dengan pelbagai cara. Dan sebenarnya Allah mengejutkan kita pada jam 2 pagi itu untuk mengingatkan kita supaya ingat padaNya. Solat Tahajjuad padaNya… Allah sayangkan pada kita…
Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya mula-mula bangun solat tahajjud. Semasa saya ingin menduduki SPM, saya boleh bangun malam dan senang bangun malam. Kenapa senang sebab saya bermatlamat untuk cemerlang dalam SPM. Memang betul Allah kejutkan saya tepat jam 3 pagi. Namun saya hanya kadang-kadang sahaja melakukakn solat tahajjud. Saya terlupa bahawasanya yang berikan kejayaan itu sebenarnya dariNya. Penyayangnya Allah..Allah berikan keputusan cemerlang pada saya.
Semasa saya ingin mencari jodoh yang sesuai untuk pasangan hidup saya. Saya mohon pada Allah untuk kejutkan saya ada jam 2 pagi sebab saya nak berdoa dan beribadah padaNya, mohon padaNya supaya jodoh saya adalah pilihan terbaik daripadaNya. Allah memang sentiasa celikkan mata saya tepat jam 2 pagi. Saya melakukan secara istiqamah selama 3 bulan. Namun apabila saya sudah dapat apa yang saya hajati saya lupa semula untuk istiqamah dalam beribadah padaNya tiap-tiap pagi.
Semasa saya bekerjaya, saya mula memberi alasan untuk tidak bangun lagi solat tahajjud. Allahuakbar… penat dan sakit badan sentiasa bermain di minda saya bertahun-tahun lamanya. Allah kejutkan saya jam 3 pagi, namun saya hanya melepaskan hajat ke bilik air dan sambung semula tidur. Sedangkan kaki ini sudah melangkah untuk mengambil wuduk. Walaupun begitu, Allah tetap beri rezeki yang luar biasa pada saya. Syukur Alhamdullilah... Baiknya Allah pada kita.
Selama ini saya solat tahajjuad hanya ingin meminta untuk diri sendiri sahaja. Betapa kerdil dan sombongnya saya. Bukan solat kerana kita adalah hambaNya. Tuhan yang menciptakan kita… Bila sudah dapat apa yang kita hajati kita lupa. Manusia mudah lupa, memang betul manusia mudah sangat lupaaaa…
Ustazah kata sebenarnya Allah nak kita ingat padaNya… Tugas kita mengingatkan antara satu sama lain dan cuba terus terusan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Apabila kita ingat dan sujud padaNya, kita jangan risau tentang yang lain tentang duniawi. Tahulah Allah mengaturkan. Wallahu'aklam…
Begitulah sedikit perkongsian saya pada hari ini, saya tidak mengata pada yang lain tetapi ia sebagai peringatan kepada diri saya tentang jam 3 pagi.
Entri ke 51
Assalamualaikum w.b.t
Sepanjang hidup ini saya rasa amat bertuah dan bersyukur kerana pernah menjejakkan kaki ke kota Paris selama 2 kali. Pertama saya mengikut suami bertugas dan yang keduanya saya pergi bersama syarikat Zhulian kerana berjaya memenuhi syarat-syarat sebagai pengedar cemerlang.. cewahh.. sebab cemerlang jadi syarikat bawa lah pergi jenjalan.
Apa yang saya ingin kongsikan kali ini bukanlah tentang pengalaman pengembaraan saya sebenarnya. Saya yakin ramai di kalangan kita yang pernah dan banyak kali menjejakkan kaki di Kota Paris... kota fesyen orang kata. sebenarnya saya nak kongsikan tentang impian.
Sejak kecil lagi...saya memang berimpian untuk pergi melancong ke luar negeri dan belajar ke luar negara bila besar nanti. Bermula UPSR, SRP dan seterusnya SPM... impian saya tidak pernah padam dan saya sentiasa berdoa. Selepas SPM saya cuba untuk apply belajar ke luar negara tetapi keputusan SPM saya tidak cukup syarat untuk melayakkan diri untuk belajar hingga ke luar negara. Namun saya bersyukur rupa-rupanya Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar… saya berjaya ke Paris pada usia yang amat sesuai… Allah kirimkan doa saya untuk sampai ke Paris bersama suami dan anak-anak.. alhamdullilah
Jadi kesimpulannya… teruskan berdoa pada Allah kerana Allah lebih mengetahui daripada kita…Jangan berburuk sangka padaNya..
Kalau ada gambar senget tuhhh… abaikan je lah ye...hahahaha….
Tak pa...ramai boleh check kat google...
Boleh juga kunjungi YouTube saya : Siti Khairulbariah Story …. Jangan lupa subscribe😁
byeeee...
Catatan pengalaman si pengembara