Assalamualaikum w.b.t.
Satu kurniaan yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga adalah merasai pengalaman berhari raya di bumi mat saleh. Walaupun sebenarnya pada hari raya pertama hingga hari raya keempat, kami sekeluarga berdiam diri tanpa sebarang sambutan ataupun menjemput jiran tetangga tetapi kami diberi peluang memenuhi undangan berhari raya di Calgary, Alberta. Itu namanya sambutan senyap-senyap.
Saya bersama suami membeli donut Tim Horton's dalam 70 ketul untuk dijamu pada rakan-rakan suami di pejabat dan sebahagian lagi saya hantar ke sekolah anak saya untuk jamuan makan tengahari pada hari raya pertama. Bukan kami tidak mahu jamu rendang, kami risau ada yang tidak biasa dengan makanan yang berunsur santan. Kita ikut selera mereka sudah la kan...lebih mudah dan saya tidak perlu risau..
Alberta merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri dalam negara ini dan kami tinggal di negeri British Columbia. Memandangkan negara ini sangat luas, ia memakan masa berhari-hari untuk sampai ke satu-satu destinasi. Bayangkan jauhnya perjalanan kami ke Calgary, ia mengambil masa hampir 5 jam dengan 1 transit airport di Vancouver. Maka, tidak mustahil sekiranya saya katakan untuk saya sampai di Kuala Lumpur ia mengambil masa hampir 34 jam perjalanan melalui udara. Oh, jauhnya kan!
Ramai kenalan Malaysia bertanya kenapa tidak pulang ke Malaysia. Cuti tidak panjang sebenarnya, kami hanya memohon cuti 2 hari dengan pihak sekolah untuk menyambut hari raya di Calgary. Apa maknanya itu, ponteng la kan... Lagipun kos untuk pulang ke Malaysia sangat tinggi. Insyaallah ada rezeki kita pulang ke Malaysia.
Sambutan hari raya di Calgary sangat menyeronokkan. Bukan apa sudah berbulan-bulan saya dan anak-anak tidak bersembang panjang dan bermain bersama rakyat Malaysia. Ia satu pengalaman yang sangat manis. Semua bergabung tenaga masak besama-sama… ada rendang, nasi lemak, lontong nasi impit dan juga sate. Memang menyelerakan ditambah pula ditempat saya agak sukar untuk mengadakan bahan-bahan masakan asia. Saya sendiri mengambil peluang membeli barang-barang dapur masakan Asia di Pasaraya Lucky, Calgary.
Hampir kesemua bahan masakan Asia terdapat di Pasaraya Lucky. Tidak sukar untuk mendapatkan barang-barang halal di sini kerana penduduk muslim di Calgary sangat ramai. Masjid juga lebih daripada 10 buah terdapat di sini. Syukur alhamdullilah. berbeza dengan kami di Kitimat, memang tiada masjid lagi kerana masyarakat muslim tidak sampai 15 orang.
Ok.. kita lihat gambar.. jom!

Anak dara denga ayahnya sudah sama tinggi |
Bersama kenalan baru di Calgary Yan namanya |
Dah sama tinggi |
Sambutan hari raya di Calgary sangat menyeronokkan. Bukan apa sudah berbulan-bulan saya dan anak-anak tidak bersembang panjang dan bermain bersama rakyat Malaysia. Ia satu pengalaman yang sangat manis. Semua bergabung tenaga masak besama-sama… ada rendang, nasi lemak, lontong nasi impit dan juga sate. Memang menyelerakan ditambah pula ditempat saya agak sukar untuk mengadakan bahan-bahan masakan asia. Saya sendiri mengambil peluang membeli barang-barang dapur masakan Asia di Pasaraya Lucky, Calgary.
Supermarkat Lucky |
Kimchi juga yang dicari |
Hampir kesemua bahan masakan Asia terdapat di Pasaraya Lucky. Tidak sukar untuk mendapatkan barang-barang halal di sini kerana penduduk muslim di Calgary sangat ramai. Masjid juga lebih daripada 10 buah terdapat di sini. Syukur alhamdullilah. berbeza dengan kami di Kitimat, memang tiada masjid lagi kerana masyarakat muslim tidak sampai 15 orang.
Ok.. kita lihat gambar.. jom!
Alhamdullilah...sudah 27 hari kita menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Perasaan sayu ada, sedih ada… macam-macam kan... sama ke perasaan kita?
Umur semakin bertambah tanda kita sudah menghampiri peringkat usia kematangan.
Hari ini juga dalam sejarah saya bersama keluarga menjalani ibadah puasa di perantauan. Pengalaman yang cukup berharga dan bermakna buat kami sekeluarga. Menjalani ibadah puasa selama hampir 19 jam walaupun kami ikut masa berbuka waktu Mekkah. Namun, ia masih cukup Panjang iaitu menghampiri 17 jam. Bayangkan lah siang hampir 19 jam.
Sekiranya sebelum ini saya hanya mendengar cerita-cerita orang berpuasa yang sangat panjang tapi kali ini ia di abadikan dalam pengalaman hidup saya sekeluarga. Alhamdullilah...
Kalau di awal Ramadhan kurang terasa kemeriahan bakal menyambut hari raya, namun jauh di sudut hati bila sudah menghampiri Syawal. Ada juga detik di hati untuk pulang ke kampung halaman meraikan bersama hari raya Aidilfitri bersama sanak-saudara. Insyaallah tahun depan ye...
Berkenaan persiapan hari raya, saya sudah siapkan pakaian hari raya anak-anak sebelum datang ke Kanada. Namun, kami tidak pakai pada hari raya pertama kerana hari raya pertama jatuh pada hari bekerja dan anak-anak bersekolah. Jadi, rutin seperti biasa...macam sebelum Ramadhan. Di sini komuniti Islam tidak sampai 20 orang, maka saya juga tidak membuat sebarang persiapan hari raya seperti di Malaysia. Masak sikit-sikit adalah. Rakyat Malaysia Muslim pun hanya 5 orang termasuk kami anak-beranak. Insyaallah pada hari raya ketiga kami akan ke Calgary untuk menyambut hari raya Bersama komoniti Islam yang lebih ramai di sana. Terubat la sedikit rindu pada kampung halaman.
Bercerita tentang waktu berbuka puasa memang menarik sebab ketika kami menjamah juadah berbuka puasa masih lagi bersinar cahaya matahari di luar rumah. Waktu Asar pun baru je masuk… Lepas berbuka puasa, kami solat Asar. Lucu pula kedengarannya kan tapi itulah cerita di sini. Waktu solat juga agak panjang dan lewat masuk. Bayangkanlah Asar masuk jam 6 petang, Maghrib jam 9.50 malam, Isyak jam 11.31 malam dan Subuh jam 3.30 pagi. Menarik kan? perlukan kekuatan untuk menjalani ibadah solat di sini. Tiang Ugama… Tiada azan yang berkumandang hanya loceng yang kedengaran sebagai peringatan masuk waktu solat di tengah malam terutama waktu Isyak. Jadi kepada yang berhajat hendak jalan-jalan ke mari di musim panas, cabaran yang paling kuat adalah waktu solat...ia, memang seronok musim panas di sini tapi waktu solat juga wajib di jaga. Waktu solat berubah setiap hari…
Ok..sampai di sini perkongsian saya kali ini...Semoga ia memberi manfaat kepada pembaca..😊

berehat sambal menunggu waktu berbuka puasa |

Sejak saya dan suami sudah ada lesen antarabangsa untuk kenderaan ringan. Kami juga sudah mampu untuk mengadakan sebuah kereta. Saya telah mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pejabat. Lagipun perjalanan ke pejabat tidak jauh hanya mengambil masa 10 minit walupun jarak dari rumah lebih 10 km.
Walaupun suami boleh ke pejabat dengan menaiki bas pekerja, saya berasa kasihan padanya. Teringat saya pada winter yang lepas… suami berjalan kaki ke tempat menunggu bas pekerja setiap hari (10 minit berjalan) dalam keadaan salji yang sedang lebat ditambah pula angin pula bertiup. Masa itu kami belum ada lagi kenderaan. Agak-agak boleh bayangkan tak rasa sejuknya itu? Mesti ada yang rasa seronok kan? Untuk seminggu dua bolehlah rasa seronok tapi bila masuk minggu kedua. Mulalah kita akan cuba cari penyelesaian.
Gambar semasa di Hiway 16, British Columbia |
Kenderaan di sini boleh dikatakan semuanya mempunyai sisi yang besar. Kebanyakannya tiada di Malaysia kerana jalan di Malaysia lebih kecil maka ia sesuai dengan keadaan kenderaan di sana. Lori dan treler semua besar-besar belaka. Saya sendiri rasa gerun bila melihat kenderaan di sini. Sebelum ini keadaan itu hanya saya melihat pada cerita-cerita inggeris sahaja.
Namun, apa yang menarik perhatian saya adalah cara pemanduan mereka.
Pagi tadi semasa dalam perjalanan menghantar suami ke pejabat. Saya memandu di bahagian hadapan sebuah treler yang panjang. Walaupun treler itu boleh memotong kenderaan kami tetapi ia tidak berlaku. Ia memandu dengan penuh berhemah dalam kelajuan kurang 70km/j menuruti kereta kami dari belakang.
Semasa saya melepasi satu buah penunggang basikal. Saya dan suami terlihat situasi di mana treler itu masuk ke lane kiri untuk memberi ruang yang lebih kepada penunggang basikal itu. Dan, saya kira ia lebih daripada 2 meter jarak dari basikal. Kagum kan?
Begitulah cara pemandu di sini memandu. Mereka sangat menghormati pengguna jalan raya yang lain. Kenapa ini berlaku? Kerana kita berkongsi jalan yang sama.
Saya amat yakin jika kita sebagai rakyat Malaysia mengikut cara ini, insyaallah ia boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. 😊
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdullilah, hari ini merupakan hari ke-16 Ramadhan untuk tahun 2019. Allahuakbar… syukur atas nikmatMu Ya Allah...
Keduanya saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kami sekeluarga menikmati puasa yang panjang di negara 4 musim. Walaupun tiada bazaar Ramadhan untuk dikunjungi, tiada masjid untuk bersolat jemaah terawih. Namun, rindu dengan suasana di Malaysia terubat sedikit. Saya cuba memasak pelbagai masakan Malaysia. Sesekali anak lelaki saya akan minta buatkan rendang ayam dan anak perempuan saya meminta saya masak pelbagai mee seperti mee bandung dan mee kuah.
Walaupun, kami satu-satunya keluarga muslim dari Malaysia. Kami tetap membuat sedikit persiapan sempena hari raya. Penduduk muslim di sini tidak ramai. Lebih kurang 20 orang sahaja daripada 8 ribu orang. Kebanyakannya daripada Pakistan, Somalia, Indonesia dan Malaysia. Indonesia ada 1 orang dan Malaysia 5 orang. Kami lah tuhh...
Bercerita tentang puasa… di Kanada.
Sebenarnya ada banyak waktu berbuka puasa di Kanada kerana negara ini sangat besar. Ada yang puasa 17 jam, 16 jam dan ada yang puasa 19 jam. Jadi untuk daerah ini, kami berpuasa lebih dari 18 jam. Memandangkan kami berada di utara Kanada. Namun, kami telah memilih untuk berbuka puasa mengikut waktu Mekah. Bermakna kami berpuasa lebih 16 jam.
Perbezaan waktu di sini dengan Malaysia ialah 16 jam lebih ke belakang dengan waktu Malaysia. Bermakna kami lewat sehari dengan Malaysia.
Tentang waktu solat di sini pula, ia berubah-ubah setiap hari. Hari ini, subuh masuk pada jam 3.35 pagi. Maka, saya bangun untuk sahur pada hari ini jam 2.45 pagi.
Fajar menyingsing pada jam 5.23 pagi
Zuhur jam 1.32 petang,
Asar jam 5.51 petang,
Maghrib 9.40 malam,
Isyak 11.28 malam
Haa… begitulah waktunya...boleh dikatakan setiap hari saya kena lihat waktu solat kerana ia berubah setiap hari. Begitulah sedikit cabarannya.
Jika selama ini selepas solat subuh saya jarang tidur, namun di sini saya terpaksa tidur kerana anak-anak sekolah pergi jam 8.30 pagi. Walaupun dalam keadaan matahari sudah terang. Nak buat macamana kan...
Harapan saya, semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadah puasa di sini. Aminnn..

Gambar di ambil semasa saya di Prince Rupert 2 bulan lepas jam 8.30 malam ketika maghrib |

Sekiranya selama ini, saya boleh lihat beruang di zoo. Mana-mana zoo di Malaysia pasti ada beruang. Namun perasaan keterujaan itu rupanya tidak sama…
Walaupun saya hanya mendengar cerita daripada suami tentang beruang di jumpai di pejabatnya. Bukan sahaja teruja tetapi terkejut… termenung. Kenapa pula termenung? Sebab kami berkongsi habitat yang sama. Hanya membezakan kami beruang tinggal dalam pokok, saya tinggal dalam rumah. Lengkap dengan dapur dan juga bilik tidur.
Jiran sebelah rumah saya Carol pernah bercerita pada saya… "Beware Siti... there's a bear"
Bila pertama kali mendengar dari jiran dan juga kawan-kawan yang lain tentang beruang pada winter, saya tidak percaya beruang boleh berjalan bergelek-gelek di jalan raya bersama manusia. Tetapi kali ini saya kena percaya. Bukan seekor tetapi berekor-ekor. Kelakar kan? Tapi itu realiti yang perlu kami sekeluarga hadapi kami berkongsi habitat. hihihi…
Di kiri-kanan jalan raya, saya boleh lihat pokok-pokok berwarna kuning seperti pokok sayur kobis hidup merata. Ia tumbuh seperti cendawan pada musim ini.
Saya diberitahu oleh Carol... "It's a bear's food, Siti".
Ada juga rakan-rakan dari Malaysia yang mencadangkan saya buat ulam sebab ia boleh di makan. Alamak! Habis makanan beruang nanti.
Apa yang perlu kami lakukan, bila jumpa beruang… jauhkan diri dan larikkk...😂😂

Gambar yang diambil dari cctv pejabat |
Siapa di sini ada pengalaman kena diserang oleh kutu di rambut?
Saya yakin hampir keseluruhan dari pembaca di sini pernah ada pengalaman kena serang dengan kutu…
Bila kita dengar macam melucukan pun ada. Betul tak? Tapi kalau ramai orang di sekeliling yang kena ia dah jadi seperti satu mala petaka pula. Rasa seperti terancam satu dunia sedangkan binatang itu kecil sahaja. 😆
Pada 2 hari lepas saya menerima satu email dari pihak sekolah St Anthony yang bertajuk Head Lice.
Terkejut saya, rupa-rupanya isu kutu kepala adalah satu isu besar di sini. Alamak!
Pihak sekolah meminta kami ibu bapa wajib memastikan anak-anak bebas daripada kutu kepala. Sekiranya terdapat kutu di kepala, anak-anak tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Anak-anak dibenarkan hadir ke sekolah selepas pulih daripada kutu di kepala. Mereka juga meminta ibu bapa membawa anak-anak ini ke HealthLink British Columbia untuk keterangan lanjut bagi menyelesaikan masalah ini.
Saya termenung bila menerima email dari pihak sekolah.
Bukan apa, teringat semasa di zaman asrama sekolah dulu. Sekiranya ada kutu sekalipun kita tidak akan beritahu kawan-kawan. Malu tau! Hanya kawan-kawan terdekat sahaja yang tahu. Bila balik sahaja dari sekolah. Kawan-kawan dalam dorm akan tolong sikatkan buang kutu di kepala. Tergedik-gedik kutu-kutu menari kerana kepanasan akibat panas dalam tudung. Merenyam tak usah cerita bila pakai tudung. Rasa seperti nak tanggalkan sahaja tudung sekolah bila sudah kepanasan. Geli hati pula bila mengenangkan kisah lalu.
Selalunya serangan kutu kepala berlaku bila balik kampung. Di kampung, kita akan cari sepupu… Tidur sama-sama, main sama-sama. Jadi bila balik ke rumah masing-masing. Ibu-ibu akan menyelongkar rambut anak-anak selepas seminggu. Apa lagi, memang betul masing-masing sudah kena serangan. Siapa pembawanya, masing-masing malu nak mengaku.
Kalau zaman masa saya kecil dahulu hanya berbekalkan sikat kutu untuk membuang kutu-kutu di kepala tetapi sekarang ia lebih mudah kerana sudah ada ubat pembasmi kutu kepala. Begitulah ceritanya.
Tapi ia sangat berbeza di sini. Sekiranya peraturan di Kanada ini seperti di Malaysia. Saya yakin ramailah anak-anak yang tidak hadir. Mungkin kelas akan jadi kosong. Ia akan jadi satu pesta pula.
Ye lah kan. Lain negara lain caranya. Lain bangsa lain budayanya.
Kita sama-sama menghormati satu sama lain. Barulah aman. Betul kan?

Translate To Any Language!
ABOUT ME
Blog ini merupakan coretan kisah saya sebagai seorang Mama, Isteri, Rakan dan Sahabat. Semoga tulisan ini menjadi inspirasi kepada semua pembaca
POPULAR POSTS
Categories
- Affiliate 6
- Aktiviti 88
- Bisnes 12
- Catatan Pengalaman 109
- Dari Bilik Kraf 6
- dari kamar dapur 11
- kisah anak-anak 39
- Kisah Si Bulus 9
- My Karya 8
- My Pets 10
- Summer 5
- Tinta Penulis 105
- Winter 33