Catatan pengalaman saya hari ini…
Saya ingin berkongsi pengalaman mengambil ujian berkomputer bagi bagi kelas 5 (kereta) di Kanada. Ini merupakan pengalaman yang cukup berharga buat diri saya.
Sememangnya saya sudah ada lesen kereta dan motosikal di Malaysia tetapi di sini saya wajib ambil semula. Ada sesetengah negara lesen kereta diterima di sini hanya perlu bawa lesen asal iaitu lesen negara asal kepada empunya diri. Sudah syaratnya bahawasanya warganegara Malaysia wajib ambil lesen daripada A to Z. Saya pun tidak tahu kenapa… Banyak sebab tetapi bukan sebab di sini memandu di sebelah kiri. Rakan saya dari Australia hanya perlu bawa lesen ke ICBC dan siap. Mudah kan!
ICBC merupakan badan kerajaan yang menguruskan hal-hal berkaitan pemanduan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan di Malaysia.
Di sini, saya ambil 2 kali ujian berkomputer. Untuk kali ketiga baru lulus dengan kelulusan 87%. Sebenarnya saya sudah hampir pasrah tetapi memandangkan keadaan di sini. Saya sebagai supir (pemandu) kepada suami dan anak-anak ke sekolah. Ku gagahkan jua. Bayangkanlah kali pertama ambil bersama suami, suami lulus tetapi saya gagal. Kali kedua ambil gagal lagi. Kesemua keputusan lagi 1 mata untuk lulus. Allahuakbar rasa seperti nak terbang balik ke Malaysia. 😊😂 Malu pun ada...teruk sungguh rasa. Tapi bila suami cerita ada kawan dia yang tinggal di Calgary, rakyat Malaysia ambil ujian berkomputer sampai 3 kali masih tidak lulus. Maka, saya rasa bertuah… Rupa-rupanya ia perkara normal orang ambil berkali-kali ujian ini.
Di sini kita memandu sebelah kiri dan saya fikir memang kita sebagai rakyat Malaysia wajib ambil ujian tersebut kerana peraturan jalan di sini agak berbeza sedikit berbanding Malaysia. Bukan sahaja peraturan berbeza malah cara pemanduan di sini juga berbeza.
Dokumen yang diperlukan untuk ambil lesen di sini,
1) Lesen asal di Malaysia
2) Visa / permit
3) Passport
4) Wang tunai CAD 15
Pihak kerajaan di sini membenarkan saya dan suami memandu kereta dengan menggunakan lesen Malaysia selama 3 bulan. Maka, dalam tempoh yang berkenaan kami diwajibkan untuk mengadakan lesen Canada. Maka, ada lagi sebulan. Doakan lah semoga kami lulus ujian jalan raya pula selepas ini.
Di sini, saya lampirkan buku yang perlu di baca. Kalau boleh dinasihat baca sampai nak muntah😂

Alhamdullilah...akhirnya memang sampai tiga kali ambil ujian berkomputer. Tetapi, saya lulus dengan cemerlang 98 % bila mengambil ujian jalan raya atau 'On The Road'. Yahoo !! Kawan saya ramai juga yang ambil sampai 2 - 3 kali ujian 'On The Road'.