Seharian Aktiviti Pada Hari Krismas

Cuti sekolah sudah berlalu selama 1 minggu… ada lagi seminggu.  

Pada hari ini, kesemua premis tutup kerana cuti Krismas. Esok bermula Boxing Day dan berakhir pada New Year Day.

Apa yang saya dan keluarga buat pada hari ini ?

Masuk hutan … berjalan-jalan bersama suami dan anak-anak.  Mencari haba dengan cara ini.

Kami tidak boleh terlalu lama di luar rumah kerana suhu sudah hampir mencecah (-20 celcius) walaupun boleh lihat matahari memancar dengan cantik.

Anak-anak ready bawa sleigh masing-masing.  Kalau ada sedikit sahaja bukit, mereka akan meluncur dengan sleigh masing-masing.  Ini adalah cara untuk memanaskan badan.

Melihat salji yang masih terletak di antara daun-daun pokok spruce.. tandanya suhu dropped melepasi (-10 celcius).

Saya melihat di sebalik kejadian ini dengan penuh takjub.  Tuhan yang Maha Hebat, Allah Subhanahuwataala.. menjadikan daun, pokok yang berada disekeliling saya pada beberapa bulan lepas hijau… tetapi pada hari ini ia telah disaluti salji yang keras.. ada yang lembut.  Dan, sejuk …. sangat sangat sejuk… 

Korang ada terfikir apa-apa tak ? Ketika ini di Bumi Malaysia, rakyat Malaysia sedang dalam kepanasan membuat pembersihan besar-besaran akibat banjir besar yang melanda negara.

Tetapi, di sini … kami dalam kesejukan.  Dan esok menurut ramalan kajicuaca beberapa daerah di Utara BC akan mengalami suhu ke tahap (-30 celcius).  Hanya ramalan kan tetapi Tuhan minta kita semua bersedia apa yang perlu dilakukan.  

Kawan saya di sini pernah tanya saya ? Di mana kita nak cari kuasa yang kawal the universe?  Saya tiada kawan perempuan Malaysian tau di sini… Moga kawan saya itu akan diberi petunjuk daripada Allah Taala… Amin Amin Ya Rabbal Alamin …

Ok lah… panjang pula tulisan kali ini.. 😃

Boleh layari video penuh di channel 
YouTube :- Siti Khairulbariah






Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb


 

0 ulasan