Pengalaman Hiking Dalam Salji Tebal Serta Suhu Ekstrem


Unggun Api
Umar dan Lana memanaskan badan

Koleksi Sitikb
Sam sedang memasang unggun api

Koleksi Sitikb
Unggun Api Sudah Siap !





Koleksi Sitikb


Berjalan dalam hutan tengahari semalam bersama kenalan yang merupakan penduduk Kitimat. Saya panggil Minah Saleh. Hihihi.. namanya Sam, sangat aktif dan cergas bila dia ajak masuk hutan. Dan, hari ini merupakan hari pertama kami masuk hutan selepas salji turun lebat 2 hari lepas. Lebih setengah meter kedalaman salji.

Hiking Snow



Kali ini, saya mengajak kedua-dua anak saya hiking bersama. Kebiasaannya, saya dan suami akan masuk hutan tanpa kawan-kawan. Tapi, bila masuk hutan dengan kawan ditambah pula orang Canada yang sangat lasak. Maka, banyak rahsia boleh saya lihat...real !! Bagaimana mereka survived ketika salji tebal di dalam hutan. Perkakasan yang dibawa dan mereka sangat kuat. Benar, saya tidak tipu dan sangat lasak. Kalau selama ini, saya melihat cara-cara ini dalam Dokumentari National Geografi tetapi melihat dengan mata sendiri... amat berbeza sekali.
Hiking



Sepanjang perjalanan, banyak yang kami sembang tentang hutan dan juga saya banyak bertanya tentang bagaimana dia boleh camping ketika winter. Sesungguhnya, mereka tidak lokek ilmu. Habis semuanya diceritakan dan dia janji akan memperkenalkan dengan kenalannya sekiranya saya ingin pergi camping. Dalam fikiran saya... kosong ! Saya tidak pasti mampu atau tidak menghadapi kesejukan ekstrem di sini. Haish ... saya ni daripada negara summer all the year. Mana ada perkakasan pelik-pelik kan...

Sebelum masuk hutan, Sam bekalkan 4 pasang kasut salji (snow shoes) . Ia digunakan sebagai tapak kasut. Ia juga membantu kepada pengguna supaya tidak terlalu tenggelam dalam salji bila berjalan atas salji lembut.  


Memang nampak best bila jalan atas salji lembut..macam-macam korang bagi idea, buat ABC la.. cendol la..tulis nama atas salji la...ada juga yang saya boleh ikutkan tetapi banyak juga saya tidak dapat penuhi permintaan followers saya. Maaf banyak-banyak ye...

Sebenarnya, kalau pembaca semua lihat rakyat Malaysia yang bercuti ... yang boleh menari-nari atas salji tebal, baring atas salji serta ada yang memakai shirt nipis dan tidak berapa tebal. Minum dan makan-makan di luar bangunan. Kebanyakannya suhu pada masa itu sekitar bawah (-5 celcius) dan mungkin 0 degree. Juga waktu itu adalah tengahari...tetapi kalau pembaca lihat mat-mat saleh ataupun minah-minah saleh yang memakai suit winter serta ada selendang dan muka pula sudah ditutup rapat, nampak mata sahaja... itu tandanya sudah (-15 celcius ke bawah).  Ia juga bergantung kepada kadar kelembapan suhu. Semuanya ada pada apps. boleh upload.

Begitulah... kisahnya.

Ha... sambung semula cerita hiking..😆

Sam tanya saya nak main sled ke nak pergi ronda hutan ? saya kata kita warm up dalam hutan lah.. nak berpeluh la kisahnya.

Korek Lubang Salji
Sam mengorek lubang untuk pasang unggun api



Tapi, lain pula kisahnya. Angin dari Artik yang bertiup tidak menyebabkan ketiak kami berpeluh. Saya gelak sakan... tak jadi pun 'sweating..' sama-sama tergelak.

Masa ini, Lana dan Umar sudah kata sejuk sangat Mama. Umar yang mengadu tersangat sejuk ! Tangan sudah sejuk.

Sam mengajak saya cepat-cepat pasang unggun api. Dia korek salji sedalam satu meter. Penyodok itu memang Sam bawa daripada rumah. Ganas kan..😆

Kononnya, lepas pasang unggun api nak main sled.

Sebab terlampau sejuk, anak-anak kata nak balik rumah. Kesian tengok Umar kesejukan walaupun pakai termal blanket, masih sejuk lagi katanya. Sejuk pada hujung jari kata Umar. Thermal blanket itu adalah daripada Sam. Dia kata kalau sejuk winter... dia akan pakai blanket itu depan unggun api.

Lega la sikit Umar kata..

Dia siap bawa hot chocolate dan teh panas, cookies. Saya bawa granola bar sahaja. Hahaha.. memang bertuah kan jadi kawan Sam. Dia ok je ! katanya dia suka mencabar dirinya. Semenjak saya mengenali wanita yang bernama Sam.. saya tahu dia suka push dirinya untuk aktiviti yang lasak.

Hot Chocolate In The Snow

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Unggun Api

Koleksi Sitikb
Umar pakai thermal blanket

Koleksi Sitikb
Panaskan badan bersama hot coklat



Kemudian, Umar mengadu lagi.. tangannya sejuk kembali.

Saya katakan pada Sam .. kita kena balik rumah...

Bukan sejuk main-main tau ! Saya check suhu weatherCan (-15 celcius) feels like (-25 celcius) . Kesian pulak …kat Umar.. Sungguh...Umar sampai menangis menahan kesejukan. Saya pun risau juga takut frostbite. Kalau sudah kena frostbite susah nak sembuh..

Maka, Sam kambus unggun api dengan salji.

Fire Place
Unggun Api yang sudah dikambus dengan salji



Dan, kami selesaikan aktiviti kami yang berlangusng selama 3 jam lebih.
Walaubagaimanapun, saya dan anak-anak seronok sebab dapat lihat bagaimana cara Canadian menghidupkan unggun api di tengah hutan bersama salji tebal. Siap bawa shovel ..pertama kali dapat lihat mancis waterproof. Tiba-tiba excited …😁


1 ulasan

  1. Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
    legal firm in kuala lumpur

    BalasPadam