Bagaimana Mengatasi Perasaan Malas

Entri 3 :

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Tajuk yang boleh saya katakan sangat terkenal, walaupun kadang-kadang soalan itu juga menerpa di minda saya.  Walaupun kadang-kadang ramai kenalan mengatakan saya rajin tetapi tahap malas memang selalu juga hadir pada diri ini.  Insyaallah pada hari ini saya ingin kongsikan tip penjagaan kesihatan dalaman iaitu kita fokus kepada kesihatan rohani iaitu MALAS.

Yang pertama sekali kita perlu faham bahawasanya sifat malas itu merupakan sifat yang Allah tidak suka iaitu sifat syaitan.  Para iblis dan syaitan akan bertepuk tangan apabila kita berjaya melayani sifat malas ini.  Malas adalah sifat buruk pada seseorang yang jika dibiarkan akan menjadi kebiasaan dan amat sukar dihilangkan.

Pada dasarnya ada beberapa cara menghilangkan rasa malas dengan mudah walaupun prosesnya memang mengambil masa sedikit dan kadang-kadang ia menuntut waktu yang lama untuk hilang.

1)  Kuatkan niat untuk mencapai tujuan.  Niat adalah hal yang paling penting dalam menuntut sifat malas ini akan hilang.  Contohnya dalam kita mengejar impian untuk mencapai tahap kesihatan yang mantap kita akan sentiasa bersemangat dengan tolakan iaitu tahap kesihatan yang hebat.  Niat ini insyaallah akan menghilangkan perasaan malas dalam diri kita.

2)  Memupuk semangat dan mengatur strategi dalam mengejar impian.  Apabila kita telah mengatur strategi kita akan cuba menjadikan ia rutin.  Contohnya seperti menulis blog.  Saya sedang berusaha untuk menjadikan ia rutin harian.  Makin saya seronok apabila berkongsi catatan pengalaman di laman blog ini.

3)  Antara cara lain yang saya lakukan ialah saya selang selikan aktiviti memanjakan diri seperti pergi melakukan perawatan tubuh dan wajah, berjogging, mengayuh basikal ataupun menanam pokok bunga.  Nah, ini juga antara cara menyelesaikan masalah malas pada diri saya dan merupakan penjagaan kesihatan luaran.  Saya juga ada hobi menjahit.  Wah..rasa aman bila boleh memegang mesin jahit.  Bagaimana pula dengan anda sendiri, fikirkan apa yang anda minat lakukan supaya aktiviti kita tidak membosankan.

4)  Sering kita berdoa padaNya.  Mohon Allah tetapkan hati kita yang sentiasa berbolak balik ini.  Tiada tempat untuk mengadu selain daripadaNya.  Hebatnya cara yang keempat ini.

5)  Akhir sekali, kita cuba takutkan diri kita sendiri tentang matlamat hidup hidup.  semakin hari kita semakin berganjak usia.  Hidup kita akan lebih membosankan.  Tiada siapa yang rugi hanya diri kita yang rugi.

Jadi..sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik.  Sedikit perkongsian daripada saya hari ini.. Insyaallah kita berjumpa pada entri-entri seterusnya.

Sekian.

Wassalam

0 ulasan