Sihat Cergas

Entri 2  :  Jogging

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar warga pembaca blog..

Hari ini kita buat aktiviti apa?  Sejak saya menjadi pengurus rumahtangga sejak 2 tahun yang lalu.  Hari ini saya ingin kongsikan tip penjagaan kesihatan.  Aktiviti yang boleh dikatakan saya istiqamah adalah berjogging.  Kadang-kadang saya fikir semasa berjogging kenapa saya tidak mulakan aktiviti sejak dahulu lagi.  Ia tidak menuntut masa yang lama, paling lama pun saya ambil masa 2 jam.

Saya masih ingat lagi semasa saya mulakan aktiviti ini, Allahuakbar habis sakit seluruh badan bila pulang ke rumah.  Bangun pagi keesokan harinya habis tegang seluruh badan.  Saya rehat satu hari dan mulakan semula keesokan harinya.  Apabila saya lakukan sebagai rutin harian saya dapat rasakan kesegaran pada badan sendiri.  Kalau nak tau sebelum saya memaksa diri untuk jogging, saya dapat rasakan kelesuan pada badan.  Badan rasa berat sangat dan asyik nak tidur.  Ada tak rasa macam apa yang saya rasa?  Ditambah pulak dengan peningkatan usia, lagilah saya rasa cepat lesu.

Jadi, sebagai wanita yang semakin meningkat usia ni kita jagalah kesihatan.  Walaupun kita mengamalkan pemakanan tambahan tetapi aktiviti senaman seperti jogging ini jangan di lupakan.  Paling mudah dan tidak memerlukan kos.  Boleh lakukan jogging di sekitar kawasan perumahan ataupun di keliling kampung kita.  Lagi best!

Di sini saya ingin kisahkan catatan pengalaman saya sepanjang saya menetap di bumi Korea selama hampir 4 tahun.  Korea merupakan antara negara termaju di dunia tetapi apa yang menarik tentang negara ini mereka amat menekankan penjagaan kesihatan.  Setiap awal pagi walaupun pada musim sejuk, saya boleh lihat sekumpulan warga emas berjalan-jalan di sekitar taman dan ada juga yang melakukan aktiviti jogging.  Woww..memang hebatkan, bayangkan saya melihat sendiri ramai yang datang bertongkat tetapi seorang diri berjalan-jalan di sekitar taman.  Maka, saya fikir untuk ke arah negara yang maju dan bertamadun, kita kena sihat tubuh badan dan minda.

Jadi..marilah kita beramai-ramai pergi berjogging.  Cuba dulu satu kali mesti kita rasa hendak berkali-kali..

Sampai di sini dulu untuk entri kali ini.  Insyallah saya akan kongsikan lagi entri yang akan datang.

Wassalam..






0 ulasan