Cara Mengatasi Batuk

Entri 25

Assalamualaikum w.b.t

Apabila di sebut tentang batuk semua kata biasa sahaja, makan ubat baiklah lepas tu.  Apa jadi sekiranya batuk tidak baik selepas 1 bulan..

Hari ini saya baru sahaja pulih daripada penyakit batuk. Sudah lebih sebulan saya mengalami batuk.  Bayangkan betapa tak senangnya diri apabila hendak berurusan dengan manusia lain, amat tidak selesa.  Pelbagai cara dan petua saya lakukan untuk pulihkan batuk. Saya fikir memang sudah 2 bulan batuk saya yang saya hadapi pulih.  Ia akan jadi lebih teruk bila menjelang malam dan time hendak tidur..

Pada peringkat awal, saya berjumpa Dr Zubir di klinik yang berdekatan dengan rumah saya dan seperti biasa doktor akan beri ubat batuk.  Saya minta pada doktor supaya jangan berikan ubat batuk yang boleh menyebabkan saya mengantuk. Doktor say ok, no problem.

Selepas hari ke-4, batuk saya tiada perubahan tetap seperti sebelum saya makan ubat batuk.  Sekali lagi saya membawa diri dan kali ini Dr Zubir kata dia akan tambah dengan antibiotik kerana batuk saya sudah lama. Dr Zubir kata takut nanti penyakit asma pula yang datang.  Sememangnya saya ada penyakit asma tapi dalam keadaan terkawal sejak mengikuti cara pemakanan yang disyorkan.  Alhamdullilah..

Selepas ambil ubat antibiotik saya dapat rasakan kelegaan dan keselesaan terutama waktu tidur malam.  Namun bila ubat antibiotik sudah habis, batuk kembali berkunjung.  Aduh..putus asa rasanya..bermulalah dari situ saya bertemu pakcik google dan bertanya pelbagai petua..

Ok..di sini antara tip penjagaan kesihatan yang saya cuba dan yang pasti..saya cuba semua secara serentak.

1). Minum 1 sudu cuka epal bersama air suam sebelum sarapan pagi.  Memang bau tak sedap tapi nak sihat kann.

2)  Minum air panas tapi suam-suam kuku setiap kali batuk.  Saya fikir untuk cairkan kahak.

3)  Ini adalah peraturan untuk individu yang ada asma.  Pakai inhaler ventolin bila batuk datang.  Sekali puff.

4)  Pakai stokin ketika hendak tidur malam.  Sebelum tidur sapukan vicks vaporub pada tapak kaki.  Memang best sangat part akhir ni, terasa nyaman..

Alhamdullilah.. apa yang menariknya. Saya lakukan tip-tip di atas sehingga sekarang.  Insyaallah, pasti mujarab jika kita terus berusaha kan..

Ok.. sampai di sini.  Bertemu di lain emtri..




0 ulasan