Catatan Pengalaman Renang

Entri 26

Assalamualaikum w.b.t



Terima kasih kepada rakan-rakan pembaca blog saya.  Hari ini saya ingin coretkan sedikit pengalaman saya berenang.

Saya merupakan seorang yang sangat takut dengan air terutama untuk berenang di kolam renang walaupun dalam 1 meter sahaja.  Takut saya ni, kalau berendam dalam kolam, boleh jadi migrain.  Kelakar sungguh lah.  Walaupun kedua-dua orang anak saya pandai berenang tetapi tidak pernah rasa keinginan nak belajar berenang.  Saya juga tahu berenang merupakan aktiviti yang sangat bagus untuk pesakit asma macam saya ni.


Nak di jadikan cerita anak sulung saya protes tidak mahu menyambung semula kelas renang advanced.  Dengan memberi alasan dia nak fokus dengan pelajaran tapi mama dia tengok tak lah membaca buku bagai setiap hari.  Saya pun terfikir bagaimana cara nak pujuk supaya dia buat latihan renang.  Pada malam Sabtu, saya panggil anak saya "kakak, esok kita pergi pool nak?  Mama turun sekali".  Wahh..dia punya meloncat terus panggil adiknya, katanya mama nak join sekali kita swimming..  Hahahahha... Dalam hati saya berkata, anak-anak ni akan jadi riang dan seronok bila ibu bapa join sekali aktiviti permainan mereka.

Mulai saat itu, saya carilah kelas renang muslimah dan bersama seorang lagi rakan saya yang takut air juga.. hihihi..

Pada hari pertama berenang, kami belajar cara tahan nafas di dalam air.  Kemudian di ajar cara floating.  Memang teruja sangat, ada juga lah terminum air kolam.  Bukan sekali banyak kali juga, belum kira air masuk dalam hidung.  Hahahahah.  Tak adalah susah sangat tetapi semuanya bergantung kepada keyakinan diri sendiri.  Selama 2 jam itulah pelajaran, nampak macam sikit tapi balik rumah sakit satu badan.  Rupa-rupanya berenang lebih penat daripada berjogging.

Apapun memang best berenang ni.. dan kepada yang nak mengekalkan bentuk tubuh langsing, ini antara tip penjagaan kesihatan.

So apalagi, jom berenang.

Kepada yang berminat boleh hubungi www.ombakdiver.com.. Nak belajar diving pun boleh ...

0 ulasan