Catatan harian yang sedih

Entri 28

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari Jumaat lepas, saya menerima pesanan ringkas daripada Kak Omel tentang khabar dari kampung.  Berita yang menyedihkan, kakak sepupu sebelah arwah abah saya telah disahkan sakit kanser otak tahap 4.  Ia lebih mengejutkan lagi kakak sepupu saya itu baru sahaja di sahkan bebas daripada kanser payudara pada bulan Julai tahun lepas.  Hati saya tiba-tiba menjadi sayu mengenangkan kisah hidupnya. 

Kalau diikutkan daripada salasilah keluarga sebelah abah memang tiada sesiapa pun yang menghidap penyakit yang berkaitan kanser.  Maka, saya sendiri membuat rumusan penyakit kanser kini bukan menyerang mengikut salasilah keluarga tetapi ia menyerang kepada sesiapa sahaja.  

Saya sendiri tidak menafikan tubuh badan yang ideal bermula daripada cara hidup seseorang.  Mungkin pada zaman ini punca untuk mendapat penyakit kanser adalah daripada sumber faktor yang akhir.  Saya sangat percaya punca utama penyakit kanser adalah daripada cara pemakanan dan amalan pemakanan seharian seseorang.  Ia adalah penjagaan kesihatan yang utama.

Dalam beberapa hari yang lepas, saya ada bersembang dengan seorang jurulatih renang.  Beliau menyatakan senaman renang yang sangat lembut tetapi boleh menurunkan 4 kg dalam seminggu.  Ini telah dibuktikan oleh beliau sendiri.  Ramai yang sudah tahu sukan renang merupakan antara sukan digemari oleh Rasululah s.a.w.  kerana sukan renang menggunakan hampir keseluruhan anggota untuk menggerakkan badan di dalam air.  Jadi apa lagi..jom kita berenang.

Selain daripada itu, apabila disebut pasal kawal pemakanan.  Ramai yang tidak sanggup apabila melihat makanan yang terhidang enak-enak semuanya.  Saya ingin kongsikan tip penjaagan kesihatan , bagaimana saya menahan diri daripada makan berlebihan. Nak tahu? Sebenarnya ini amalan yang sudah lama.  Sebelum saya menghadiri acara atau majlis keraian, saya akan makan untuk lapik perut, jadi saya tidak membiatkan perut dalam keadaan sangat lapar apabila ke majlis-majlis tertentu.  Jadi apabila sampai ke majlis tersebut, saya akan makan ala kadar. Selain daripada itu, saya mengamalkan pembacaan tentang kesihatan supaya ia tersemat di minda dan sanubari.

Ok..itulah serba sedikit kisah pada hari ini ..jumpa anda di lain emtri. Byeee

0 ulasan