kenapa rasa penat selepas melakukan senaman airobik

Entri ke 29

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk entri pada kali ini memang sesuai sangat dengan saya. 2 hari lepas saya telah melakukan senaman airobik selama 30 minit.

Pada senaman kali ini, saya melakukannya menggunakan video daripada youtube.com.  Memang menyeronokkan habis lenjun baju dibuatnya.  Namun selepas sehari, apabila saya bangun tidur keesokan paginya habis sakit satu badan.  aduhai..rasa seksa betul, terkangkang dibuatnya sebabnya kaki semua jadi tegang.  Nak solat pun seksa, sampai terfikir nak solat duduk.  Namun kugagahkan juga untuk solat berdiri.  Bertahannn...

Apabila saya search dengan pakcik google dan membaca beberapa artikel daripada beberapa majalah kesihatan rupa-rupanya.  Rahsianya kerana badan kita berehat lama daripada senaman maka badan agak terkejut.  Oleh itu jadilah seperti saya di atas.  Melucukan.. Mulai dari saat hari itu.  Saya akan cuba membuat senaman yang ringan walaupun dalam keadaan teramat sibuk, kononnya.

Satu perkara lagi, sebelum mulakan senaman jangan lupa buat regangan otot terlebih dahulu.  Itu juga  salah satu sumbangan cramp pada badan semasa senaman sekiranya tidak melakukan regangan terlebih dahulu.

So, tips penjagaan kesihatan pada hari ini.  Jangan lupa lakukan senaman setiap hari untuk 30 minit sahaja.

Byee..



0 ulasan