Travelog Raya ke Pulau Perhentian

Entri ke 33

Assalamualaikum w.b.t

Lama betul kan tidak bersiaran, dari sehari ke sehari.  Namun hati meronta-ronta nak cerita pasal kembara raya kami berempat.  Mungkin ia boleh menjadi satu inspirasi kepada pembaca untuk kembara bersama keluarga.

Pada hari raya ketiga, kami sekeluarga kembara ke pulau perhentian selama 3 hari 2 malam.  Saya bersama suami sepakat untuk mencuba percutian kali ini dengan menginap di khemah yang di sediakan.  Walaupun ragu-ragu pada peringkat awal tapi bila anak-anak teruja nak tidur dalam khemah, saya menjadi lebih bersemangat.


isi borang untuk naik feri


Ni pemandangan di Jeti Kuala Besut

Sambil tunggi bot, kami perlu mengisi detail masing-masing untuk rekod...untuk keselamtan

Suasana agak bising tapi dalam keadaan terkawal...


Hari 1

10.00 am -  bertolak dari jeti Kuala Besut, Terengganu

10.45 am - sampai di jeti Long Beach, Pulau Perhentian Kecil


Nah sampan pun di Jeti Pantai Pasir Panjang (Long Beach)


Tara..  Ini lah kawasan khemah kami.  Alhamdullilah kami dapat kiemah yang mengadap laut.

11.00 am - berjalan ke Awatif Cafe. Camp site terletak di sebelah Awatif Cafe.  Kami di beri khemah untuk 6 orang paling besar punya..  Lana dengan Umar bukan main melonfat keseronokan.


Ni Awatif Cafe

Selepas jam 11 pagi kami buat aktiviti bebas, makan tengahari sambil tunggu lepas asar untuk kami panjat bukit di belakang camp site untuk melihat keindahan kincir angin.


Aktiviti hiking hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke puncak


Nah sampai dah di puncak bukit.  Angin yang bertiup.  Jom kita layan gambar lain.



Waktu malam ada fire party tapi kami tidak pergi memandangkan anak-anak kata nak main pasir.  Walaupun telah diberitahu bahawa parti tu boleh pergi sehingga jam 11 malam tapi saya ambil keputusan tak perlu la ke sana memandangkan ada percampuran lelaki dan perempuan di sana.  Tidak elok untuk pandangan anak-anak juga orang tua.

Hari 2

Pada pagi ini, kami sarapan di Awatif Cafe yang terletak bersebelahan dengan camp site.  Sarapan
juga sudah termasuk dalam pakej back pack ini.  Sedap juga nasi lemak yang di sediakan.. yummy...

Jam 9 pagi kami sudah bersedia menunggu bot untuk membawa kami aktiviti snorkeling.  Aktiviti yang dinantikan.  Kami di bawa ke beberapa point di mulakan dengan turtle 🐢 point.  Pada mulanya
berdebar juga sebab risau dengan anak-anak tetapi sangkaan meleset, anak-anak lebih yakin.  Umar bersemangat nak cari turle.  Akhirnya dapat juga nampak di bawah dasar.  Selama ini hanya lihat di akuarium tetapi kali ni pengalaman di laut.














Susanna di jeti Kuala Besut


Feri di Jeti Kuala Besut


Lebih kurang 20 minit di turle point, kami di bawa ke point seterusnya iaitu coral point.  Wahh... memang cantik.  Saya dapat melihat seperti lukisan yang cantik di dalam laut.

Selepas itu kami di bawa ke shark point.  Dengar pun dah seram.. apabila kaki mencecah ke air, hati sudah berkecamuk.  Tenggelam kan lah diri jugak... tapi sebab dah set minda shark 🦈.. jadi ketakutan.  Saya tenggelamkan badan, kepala mula di selamkan dalam air.  Terkejut tengok dasar laut di shark point ni, sekejap je saya berenang lepas tu naik. Hahahaha.. gerun.. suami saya selamba je.. kawan-kawan siap boleh nampak ibu shark dan anak shark lagi di dasar laut.  Rugi pula bila mengenangkan cerita di shark point.  Kerana terlalu mengikut perasaan, sendiri yang rugi.

Hari ke 3

Hari ni tiada aktiviti laut, hanya bersedia untuk pulang ke darat.  Pada jam 10 pago kami naak feri ke Kuala Besut.

Memang percutian ini pendek tetapi ia memberi somber inspirasi sehingga ke hari.  Insyaallah nak pergi snorkeling kat tempat lain pula.  Macam dah jadi gian pulak.

Ok...kita rehat dulu sampai sini..lain entri pulak

Byeeee

2 ulasan

  1. Assalamualaikum..ade nombor phone awatif camp site tu?mcm menarik..ke pegi melalui pakej?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pergi dengan pakej tapi kalua nak pergi sendiri pun ok...nom phone awatif camp site tak ada tapi boleh lihat di pakejpulauperhentian.com.my yang di awatif tawarkan..

      Padam