Trip Cik Kiah ke Pulau Pangkor

Entri ke 34

Assalamualaikum w.b.t

Kalau sebelum ni saya travel ke pulau belah pantai timur tetapi kali ini.  Kali ini saya akan kongsikan catatan pengalaman saya bersama keluarga ke Pulau Pangkor.  Wah, memang syok lah terutama nenek.  Dia yang paling bersemangat menyiapkan juadah untuk anak cucu dia.  Bagus tak?

Kita layan dulu gambar-gambar di sana.

Untuk pengetahuan semua kami ke sana bermalam di Pangkor Bay View Resort, Teluk Nipah.  Pantai Teluk Nipah lebih tersorok berbanding pantai yang lain sekitar Pulau Pangkor.

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Dengan Mak Saya....




Sebelum itu, untuk pengetahuan semua kami bersepakat park kereta di
Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb

Koleksi Sitikb
Makan Tepi Pantai

Koleksi Sitikb

Koleksik Sitikb
Medan Letak Kereta Bertingkat Lumut.  Boleh waze.. senang sangat dan ia sangat hampir dengan Jeti.  Lebih kurang 200 meter.  Kadar 1 jam hanya RM0.60.

Layan lagi gambar...
Koleksi Sitikb

Apa yang paling best di Pangkor Bay View Resort ni ada kolam renang so apa lagi sampai je.  Umar dengan Lana dah minta nak terjun ajak Mak Ngah sekali.




Kita layan gambar hari kedua (2)

Hari kedua adalah hari melayan snorkeling.  Bagi perkhidmatan snorkeling ini, anda jangan susah hati harga sudah termasuk peralatan snorkeling.  Banyak perkhidmatan disediakan di pesisiran pantai Teluk Nipah.  Anda tanya dan cuba tawar-menawar harga.  Memandangkan kami ramai lebih kurang 11 orang termasuk kanak-kanak jadi saya book untuk satu boat RM 195.  Ini termasuk ronda-ronda Pulau Pangkor dan aktiviti snorkeling.  Berapa snorkeling?  Terpulang kata boatman... sampai malam pun boleh...



Koleksi Sitikb

Lana dah start snorkel...ambil gambar ikan dalam air.

Koleksi Sitikb

Pemandangan yang di amibe dari Pulau Giam

Koleksi Sitikb

Naik bot ronda-ronda Pulau Pangkor

Koleksi Sitikb

Balik daripada snorkeling

Koleksi Sitikb

merentasi laut ke Palau Giam..tak jauh sangat dalam 15 minit perjalanan dari Teluk Nipah ke Pulau Giam

Koleksi Sitikb

Kata boatman kat sini banyak monyet..

Koleksi Sitikb

Budak tu tak di makan pujuk nak main air laut lagi.


Ini satu-satunya gerai yang berada di Pulau Giam.  Jangan susah hati insyaallah kenyang.


Menikmati hidangan makan menghadap ke laut di Teluk Nipah.


Pemandangan Teluk Nipah


Gerai-gerai di tepi jalan yang terletak di Teluk Nipah.  Berhadapan Pangkor Bay View Resort.


Pemandangan Teluk Nipah


Berkenaan penginapan di Pangkor Bay View Resort.  Boleh google untuk tempahan. Saya telah menempah sebulan sebelum bertolak kesana.  Memandang kami ramai jadi saya telah memilih family pakej dan ia sangat berbaloi.  Bilik yang besar dan berdekatan dengan kolam renang.  hahaha itu yang penting. 

Layan gambar hari ketiga (3)


Cantik kan!!


Rombongan Cik Kiah nak balik dah..esok kan dah raya..Raya Haji


Dah sampai Jeti Lumut


Nenek memborong ikan bilik..katanya kiriman member-member masjid... kemain nenek ..hihi. terletak tidak jauh dari jeti Lumut.  On the way nak ke Medan Letak Kereta...kami bershopping.


Ok..itulah cerita ke Pulau Pangkor.  Mungkin ada yang nak bawa keluarga ke sana... Ia sangat sesuai.. Budget yang di habiskan untuk kami yang pergi 4 kereta seramai 12 orang termasuk kanak-kanak lebih kurang RM 2500 termasuk penginapan.  Bolehlah siapa-siapa yang merancang percutian hebat ini.

JUMPA LAGI DI ENTRI SETERUSNYA..

0 ulasan