Percutian ke Sabah (part 1)

Entri ke 37

Assalamualaikum..

Punyalah lama cerita ni dah lebih sebulan..tapi sebab ada yang tanya pasal itinery so saya dengan berbesar hati ingin menulis percutian kali ni.. yang mana saya kira paling ohsem...

Percutian ini sebenarnya tidak ada dalam perancangan memandangkan suami saya dapat berita kena outstation ke sabah..kami mengambil peluang untuk bercuti.. so suami pergi bekerja.. saya pergi berjimba dengan anak-anak.....yuhuuu

Kami tinggal selama 5 hari di Sabah.. 3 hari di Kota Kinabalu dan 2 hari di Kundasang.  Ok untuk part ni saya ceritakan hanya di Kota Kinabalu.. next part Kundasang pula ye.

Pencarian hotel bermula... saya menggunakan apps agoda.com .. senang nye laah.. Bagi saya harga sangat berbeza..kadang-kadang sampai less 50% daripada harga yang kita tempah di kaunter hotel ataupun call... dan ada banyak lagi boleh guna antaranya trivago, airbnb.. boleh google.. harga juga akan jadi special bila kita tempah untuk ramai-ramai..

Kami fly guna airasia ... "everybody can fly"... yang ini kalau last minute memang harga tak murah sangat lahh.. kadang-kadang harga Malaysia Airlines pulak yang kurang.. so kena pandai-pandai survey..


Hurray...hari pertama kami ronda-ronda bandar Kota Kinabalu
ni bangunan Menara Tun Mustapha juga dikenali sebagai bangunan Yayasan Sabah.bangunan paling unik.  Ketinggian 122 meter, di bina pada tahun 1977..Ia terletak 5 kilometer dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.


Pemandangan yang cantik dari belakang bangunan Menara Tun Mustapha.  Cantik sangat pandangan di sini. Kalau nak buat photoshoot sesuai sangat...

Seterusnya pengembaraan kami ke Universiti Malaysia Sabah (UMS)...kemana ya? ke Muzium Maritim yang terletak dalam kawasan UMS..Perjalanan dari Menara Tun Mustapha lebih kurang 10 minit sahaja..


Tengkorak ikan..cantik pula



ikan memang besar-besar kat sini


Berangan nak pergi ke menyelam


Seolah-olah kita berada dalam laut..tengok atas geng kita kat atas...cewahhh

Antara tempat yang lama kami ronda sebab banyak soalan yang perlu di jawab apabila pelancong-pelancong genit bertanya itu dan ini...

Seterusnya...kami bergerak mencari tempat makan tengahari, memandangkan sudah tengahari mulalah perut berbunyi..Umar request nak makan tempat yang ada aircond, maka kena lah pergi ke shopping mall... chill zone


Lana dan Umar dengan gaya kelaparan la tuh..hahaha


Dah kenyang...kami bergerak ke destinasi seterusnya...Muzium Sabah.  Apa yang menarik tentang tempat-tempat pelancongan di sini ialah tiket masuk satu-satu tempat sangat murah.  Muzium Sabah mengenakan tiket masuk sebanyak RM 2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.  




Kata rakan saya yang jadi supir saya di KK ni Salfarah namanya, patung paus ni memang sejak beliau kecil sudah berada di situ..nama pun muzium Farah...mestilah benda-benda dok letak kat situ bahh..

Jom kita layan gambar dalam Muzium Sabah.. saya memang suka pergi tempat-tempat bersejarah dan  suka membaca kisah asal-usul sesebuah tempat.. so memang lama la kan..bertapa dalam muzium nih..leka.. 





Elok pulak Lana berdiri di situ..dah serupa macam gambar yang sebelah kiri tuh ..hihihi


Kuda... menjadi kebanggaan masyarakat Kaum Bajau


Lama betul Umar tengok replika penyu


Macam betul la pulakkk!!


Binatang-binatang yang di awetkan.. seperti biasa Farah merangkap pemandu pelancong akan menerangkan binatang-binatang di situ...hahaha...kesian Farah menjawab soalan daripada pelancong-pelancong genit.


Suka sangat Umar dapat tengok harimau bintang yang diawetkan..



Ok...memandangkan hari pun dah nak dekat maghrib..kami pun mengakhiri ronda-ronda kami pada hari ini..Terima kasih Farah..esok lepas kerja katanya nak bawa kami makan di tepi laut...wahh dap nyer..

Hari Kedua..

Pada hari kedua..kami hanya berjalan sekitar hotel..menikmati makanan-makanan jalan di KK..masuk kedai keluar kedai..seronok kann.. sambil tunggu baju kering di dobi..

Di KK saya perasan sungguh banyak kedai bundle.. dan cantik-cantik pulak baju dia.. memang ku kebas jugak lah..suami pun mengebas jugak, mana tahan memang cantik-cantik baju nya...sudahlah berjenama...kannn

Saya akan melawat ke gym memanaskan badan....dan kaki...hihi...

Habis mendobi..anak-anak ajak pergi kolam renang.. antara tempat wajib di kunjungi.. 





layan aiskrim sambil termenung tengok gelagat masyarakat Sabah..sama je kan di mana terkejar mengejar masa..

Malam yang di janjikan Farah menjemput kami di hotel untuk pergi ke Pasar Filipina..nak menyopping...

Tapi gambar dah tak de... lepas ke Pasar Filipina kami berjalan ke tempat makan di tepi laut..



Pilih-pilih semua segar-segar...ikan melompat-lompat lagi...



Farah melayan anaknya...habis lah..jadi pistol la jadi kuda lah..hahaha


Farah bawa ke Menara Tinjau melihat suasana bandar Kota Kinabalu di waktu malam...cantik...tapi aku gayat...


pegang kuat-kuat Lana...seram mama nih... baju tu saya borong di kedai bundle...


Berakhirlah perjalanan kami pada hari ini..esok kami akan meneruskan perjalanan ke Kundasang so kena kemas baju sebab esok jam 6 pagi check out...

Terima kasih buat sahabatku farah IG:@farah_dee lain kali minta tolong dan jumpa lagi.. semoga dirimu terus sukses..

ok..untuk part 2.. kita sambung next entri...

byeee
















0 ulasan