Persinggahan ke Kellie's Castle

Entri ke 36

Siapa kat sini yang suka tengok cerita-cerita seram?  Saya memang penakut namun pabila sebut Kellie's Castle hati ini memang membuak-buak nak pergi jika ada keizinanan dariNya.

Alhamdullilah...catatan pengalaman persinggahan ke Kellie's Castle ini sebenarnya adalah sebuah kebetulan sahaja tiada dalam perancangan kami.. Kebetulan kami dari perjalanan pulang dari Pulau Pangkor.  Semasa memandu saya terlihat sign board Kellie's Castle, apa lagi saya beritahu pada anak-anak saya "nak tak kita singgah istana berhantu?"... bukan lagi lah meloncat diaorang, dalam hati ni diaorang tak tahu mamanya sudah kecut.. hahahah..




Pemandangan daripada pintu masuk kellie's Castle


Sedikit sejarah Kellie's Castle, ia telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith.  Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandarAgra, India.  Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith berasal daripada sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas.  Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun.  Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun.  Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Barker yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak.  Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanan pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah.  Ketika itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudian, beliau kembali ke Scotland untuk berkahwin dengan Agnes.  Agnes telah dibawa ke Tanah  Melayu pada tahun 1903.  Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Helen.  Kemudian, pada tahun 1915, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anthony. Bagi meraikan kelahiran anaknya, Smith telah memutuskan untuk untuk memperbesarkan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk membina sebuah istana yang diberi nama Rumah Kellas (Kellas House), bersempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu dilengkapi dengan lif yang pertama dibina di Tanah Melayu.  Di tingkat dua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911.  Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik ketika itu.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926.  Bangunan ini kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya serta cerita-cerita misterinya.

Jom layan gambar pulak...


Ruang Tamu




Terowong rahsia


Kawasan dapur


Umar pergi buat tinjauan ke segenap ruang




Beranda yang dikatakan orang kampung pernah melihat lembaga yang dikatakan Kellie Smith


Ruang lif yang tak sempat disiapkan


kawasan tingkat dua yang dikatakan untuk gelanggang tenis


Kawasan gelanggang tenis

Ruang lif

Tangga ke menara atas yang sangat sempit


Berada di menara



Lubang ruang lif


Kawasan dapur


kawasan dapur



Pandangan daripada belakang Kellies Castle


Apa-apa pun kunjungan kami sekadar mencari ilmu.. kita tidak pasti cerita-cerita sebenar yang berlaku di sini.  Biarlah ia tinggal rahsia, hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui...

Kepada yang berkunjung ke negeri perak, pastikan anda singgah di sini... bagi saya ia merupakan sebuah tinggalan yang hebat dan unik untuk kita rungkaikan...

byeee




0 ulasan