Masak Nasi Ayam dan Puding Karamel Gula Hangus

Entri 45

Assalamualaikum

Sebenarnya sudah beberapa kali buat nasi ayam dan puding caramel tetapi kali ini perasaan yang berbeza.  Berkobar-kobar nak menyiapkan bukan nak adakan jamuan pun tapi memenuhi kepuasan hati.  Kebetulan esok pagi jiran sebelah menyebelah mengajak breakfast potluck di belakang rumah so saya adalah cadangan sikit untuk menyumbang puding karamel.

Nasi ayam pula saya ingin sedekahkan pada jiran sebelah rumah saya Mastura… katanya sedap… terima kasih lah banyak-banyak, berbunga-bunga rasa di hati…

Resepi ini saya ambil daripada website aziekitchen …. terima kasih  banyak-banyak… adalah saya ubah sikit cara masak nasi ayam sikit sebab anak bujang suka ayam nampak lebih garing…

Langkah yang saya tambah selepas saya goreng ayam lebih kurang 20 minit, ayam itu saya panggang selama 20 minit...

Suasana di dapur sambal merebus ayam separuh masak, buat gula hangus...

Ready untuk mengukus puding karamel 

ayam yang sedang di panggang selama 20 minit

Ni rupa ayam panggang yang separuh sudah di makan, tak sempat nak buat lawa-lawa sudah disenduk dek Lana sebab katanya nak pergi tuisyen dah...laparrrr

Puding caramel yang sudah siap dok dalam peti sejuk… esok pagi kita hidangkan untuk jiran-jiran ye

Ha...tu la cerita entri saya kali ini… boleh lah nak cuba… 😊😊



0 ulasan