sikap membuang sampah

Entri 44

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari kedua dalam minggu ini saya pergi berjogging.  Sambil berlari kita akan melihat suasana sekeliling yang mendamaikan tenang dengan bunyi kicauan burung bercak-cak di atas pokok… Mulalah mata ni terintai-intai mencari bunyi burung.  Malangnya burung tak jumpa tapi selonggok sampah yang bertaburan yang kita jumpa.  Sakit betul mata kita melihatnya,  ditambah lagi dengan puntung-puntung rokok yang bertaburan di sana-sini.  Sebenarnya isu ini dah selalu sangat di utarakan naik jelak pulak….

Bukan saya ingin memuji diri sendiri tetapi realitinya saya memang tidak suka orang buang sampah merata-rata malah ketika berjogging.  Saya akan berhenti dan mengutip sampah.  Kadang-kadang saya terfkir setelah beberapa kali membuat pusingan tasik, saya melihat sampah yang sama masih ada di situ.  Sedih rasanya kerana begitu ramai yang berjogging,  tidak ramai yang ambil inisiatif untuk mengutip sampah di laluan larian… Mereka hanya sebagai pemerhati rupanya.  Jangan terkejut sering saya mendengar mereka mengatakan sampah itu nanti ada pekerja-pekerja yang akan mengutipnya.  Anda tahu pekerja-pekerja itu bukan warganegara Malaysia.  Apa salahnya sambal berjogging kita mengutip sampah.  Memudahkan kerja orang lain itu lebih murni, jangan hanya mementingkan diri sendiri. Saya amat yakin sekiranya amalan ini menjadi satu tabiat dalam masyarakat kita,  negara kita akan menjadi bersih.  Negara yang maju bermula daripada kebersihan…

Saya juga mengajak masyarakat sama-sama berjogging menjaga kesihatan.  Aktiviti sukan yang paling murah dan mudah.  Hanya sarungkan baju yang bersesuaian dan berlari…

ni merupakan rawatan refleksiologi.  Saya pakai kasut pun dah terasa sakit telapak kaki tapi ia memang sangat bagus… cubalah..


Bukan sahaja puntung rokok malah pemetik api pun di buang merata-rara

Selepas berjogging, saya singgah sebentar di perpustakaan… buku ini sudah berada di sini… bacalah anda akan terasa getaran hati… boleh juga kalua nak beli di MPH ada…

Ok... sampai di sini entri saya kali ini….mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati Allah Taala…
Aminnnnn





0 ulasan