Sifat Tawakkal Mak

Entri 47

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin kongsikan tentang sifat tawakkal.. ia mudah disebut tetapi tidak mudah untuk dipraktikkan.. Cerita ini ingin saya kongsikan kisah tawakkal seorang ibu iaitu Mak saya sendiri..

    Mak merupakan seorang wanita yang sangat sabar sesuai dengan namanya Sabariah.. Terlalu banyak keistimewaan yang ada pada wanita ini, sangat cekal, sabar melayan karenah anak-anak tak kurang juga perangai si suami.  Saya juga mempunyai seorang kakak istimewa Kak Jora, penghidap autism sejak kecil… Jarang sangat saya melihat Mak melenting memaki hamun dengan suara yang melantun-lantun sampai jiran tetangga dengar.  Mak cukup menjaga tutur kata dan kadang-kadang saya katakan tidak adil Mak melalui kehidupan seperti itu.

    Tapi hari ni saya bukan nak kongsikan tentang kesabaran Mak saya tetapi tentang tawakkal beliau. Sejak kematian arwah abah, Mak mejadi lebih cekal dalam mengharungi kehidupan.  Setiap subuh Mak pasti pergi ke masjid berjemaah jarang sangat Mak tidak ke masjid melainkan jika Mak tiada di rumah.  Solat maghrib dan isyak juga Mak ke masjid...jarang pulang ke rumah di antara maghrib dan isyak.  Masanya lebih banyak di masjid, katanya rasa tak best kalau tak ke masjid.  Bukan itu sahaja solat-solat sunat seperti solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat sudah menjadi darah dagingnya. Mak juga aktif dengan aktiviti-aktiviti masjid Bersama kawan-kawannya seperti marhaban, kenduri kahwin.  Hampir kesemua acara di kampung Mak boleh penuhi walaupun Mak tidak pandai memandu dan menunggang motosikal tapi Mak pandai menyusun jadualnya.  Itulah kebahagiaannnya.

   Ketika awal perkahwinan saya, saya tinggal bersama dengan ibu bapa sehingga saya melahirkan anak kedua.  Ketika itu, kerjaya saya menuntut saya banyak ke luar daerah dan saya meninggalkan anak-anak kepada tanggungjawab Mak.  Teruk betul rasa perangai masa tu... Walaupun Mak sibuk menjaga anak-anak saya, ibadah rutin yang Mak lakukan sebelum itu tidak pernah terputus kerana menjaga cucu.  Mak kata sambil tidurkan Umar habis jugak 1 juzuk Al-Quran.  Allahuakbar, jauh sudut hati saya sangat salute dengan Mak.  Mak sentiasa mencari peluang dekat padaNya.  Mak kata Allah kan ada, boleh jaga… "Mak lari sekejap time subuh tu, Mak bacalah doa moga Allah jaga Umar sambil tidur Mak solat subuh.  Balik daripada subuh, Mak tengok Umar tidur lagi."... Mak kata Mak bagi susu kat Umar sebelum pergi masjid.  Begitulah Mak, tawakkal pada Allah bahawasanya Allah akan jaga Umar.  Saya juga sangat paham kanak-kanak kadang-kadang ada masanya banyak ragamnya.  Tapi Mak sentiasa katakan pada saya sentiasa bacakan doa dan ayat-ayat suci supaya hati anak-anak tenteram.

   Mak juga ada hobinya tersendiri iaitu bercucuk tanam dan juga membela ikan serta ayam.  Walaupun sibuk menjaga keperluan makan minum cucu-cucunya juga suaminya (masa tu abah ada lagi).  Rumah Mak di kelilingi pokok-pokok bunga yang rimbun. Bayangkan keluasan tanah rumah Mak tu boleh saya katakan rumah banglo comel tapi banglo ala-ala kampung.  Pokok-pokok tumbuh subur malah ada sayur-sayuran yang Mak tanam sendiri seperti kunyit, halia, lengkuas, pisang, jambu batu dan banyak lagi.  Pokok-pokok itu seperti memahami kesibukan tuannya dan tidak banyak ragam, mereka terus tumbuh dengan subur.  Malah ayam-ayam yang Mak bela juga menjadi-jadi, telur ayam kampung semakin menjadi-jadi.  Syukur sangat alhamdullilah.  Anak-anak saya tidak pernah kelaparan kerana kesibukan Mak.

   Begitulah cerita perkongsian Mak saya,  saya memang tak boleh jadi seperti Mak… Semoga Allah kurniakan kesihatan yang hebat buat Mak… mmmuuuaahhh...Mak seorang superwoman!!!

   Insyaallah di lain entri saya akan ceritakan lagi tentang Mak lagi...ok byeee

Catatan Harian di pagi yang barakah,

0 ulasan