Tukar Tayar Basikal

Entri 48

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini nak kongsikan cerita semalam.  Banyak betul perkara berlaku...saya kongsikan satu-satu ye..

   Saya memang bercadang nak baiki basikal memandangkan dah hampir 3 minggu basikal tergantung di dinding akibat tayar pecah...dah guna memang la pecahkan..lagipun tayar yang saya beli daripada lazada.com dah sampai… leceh la sikit pakai basikal jenis continental  ni sebab banyak aksesori  dan bahagian-bahagian yang rosak perlu di import..itu pun tokey kedai basikal yang beritahu.  Semua barang untuk basikal ini memang kena import.  Basikal ini saya beli semasa saya menetap di Korea Selatan...  Satu lagi saya baiki handle basikal.  Basikal jenis ni walaupun dari Korea juga tapi senang nak dapatkan spare part sebab jenis yang mudah didapati di sini..

Ni lah basikal lipat saya

Ini lah size tayar basikal

Walaupun size 14" tapi RM 125 … mahal kat shipping sebenonya..

Terima kasih di ucapkan kepada En Hakim di Kedai Basikal Go Cycle... Kalau google pun senang je nak dapat.  Senang berurusan dengan En Hakim..  Upah ganti tayar dan handle RM 19 sahaja.


0 ulasan