Pujian

Melihat anak sedang membesar, kadang-kadang tanpa kita sedari… mereka sudah jadi anak bujang.  Tiba-tiba sudah nak jadi isteri orang ataupun suami orang... betul tak?



Macam saya…tup-tup tengok anak dara sudah sama tinggi dengan ayahnya... tiba-tiba lihat anak dara pandai buat biskut raya...

Sejak bermulanya bulan Ramadhan, Lana sering kali meminta saya membuat biskut raya.  Saya tidak berkesempatan.  Hanya di hujung-hujung Ramadhan barulah saya boleh adakan masa itu pun bantuan bersama suami.  Jadilah juga biskut semperit tapi semperit warna coklat.  Hahahaha…

Memandangkan kami di sini hanya berempat menyambut Aidilfitri.  Jadi, pada akhir Ramadhan, Lana telah berkesanggupan untuk membuat biskut ala-ala famous amour...Katanya nak beri pada Mr Railey dan Mrs Goncalves serta guru-guru di sekolahnya.

'Murah rezeki kakak,' kata saya di dalam hati.

Jadi pada pagi raya 1 Syawal, kami besiap seperti biasa ke sekolah.  Lana terus ke pejabat dan menyerahkan pada Mrs Goncalves.  Seperti yang saya jangkakan…  pujian melambung buat Lana.  Tergambar di muka Lana sebuah senyuman kegembiraan.  Usaha pertama kalinya mendapat pujian.

"Can I hug? You're so amazing, such wonderful.  Woww", berkali-kali Mrs Goncalves memuji.

Saya juga tumpang gembira.  Banyak yang saya belajar daripada budaya mat saleh ini.  Kita lihat dari sudut positif.  Yang baik kita jadikan tauladan..

Begitulah sifat terpuji para pendidik di sini terhadap anak-anak muridnya.  Walaupun sedikit usaha yang dilakukan namun pujian mesti diberikan kepada anak-anak ini.  Kerana apa?  Saya percaya manusia akan lebih kreatif apabila hidupnya bersemangat dan ada sokongan moral.  Betul tak kawan-kawan?

0 ulasan