Umar dan bola sepak

Umar memang sangat gembira bila masuk musim panas.

Perkara pertama yang difikirkan ialah tentang peluang dia bermain bola sepak di negara ini.  Pengalaman menyepak bola di padang mat saleh memang amat ditunggu-tunggu.  Sering saya bertanya kenapa suka sangat nak main bola sepak di sini.  Kerana cuaca di Kanada kah? Atau kerana kawan-kawan di sini.  Kerana kawan jawabnya.  Saya bertanya lagi kenapa?  Kawan-kawan di sini tidak pernah ejek dia kalau dia tak pandai sepak bola.  Semua akan memuji dia dan beri dia sokongan.  Kawan-kawan dia tidak pernah ejek tentang kasut, pakaian dan rupa bentuk tubuh badannya. Ye betul,  Umar mula-mula dating ke sini bentuk badan sedikit kecil daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya.  Ye la kan, sudah nama nya anak Melayu memang genetik kita lebih rendah dan kecil berbanding bangsa Barat.



Saya cuba mendekati kawan-kawan sebaya Umar dan ibu-ibu kawan-kawan Umar.  Hampir ke semuanya memberi pujian yang luar biasa tentang ketangkasan Umar bermain bola sepak.  Jauh di sudut hati terasa juga pelik dan ada kebanggaan timbul dalam hati saya.  Sebab,  sepanjang Umar bermain bola sepak di Malaysia.  Dia sering menjadi pemain simpanan.  Saya tidak dapat nafikan memang Umar agak kurang berani bertungkus-lumus di padang berlawan dengan pihak lawan.  Itu semasa perlawanan bola sepak di Malaysia.

Saya juga berkesempatan berjumpa dengan jurulatih bola sepak Umar di sini.  Beliau juga memuji ketangkasan Umar menyepak bola di padang.

"He is so amazing.  and he is very good kids"

Apa lagi saya nak pertikaikan di sini.  Namun saya yakin kerana Umar hatinya gembira kerana itu dia boleh bermain dengan baik.  Kata-kata pujian dan sokongan daripada masyarakat sekeliking buat dia lebih bersemangat.  Saya bukan katakan latihan di Malaysia tidak bagus.  Setiap jurulatih ada cara yang terbaik.  Tetapi, Umar bangkit kerana semangatnya.  Semangat mudanya yang sedang membara.

Mama doakan untuk Umar yang terbaik.  Ye sayang!

0 ulasan