Pengalaman Hari Pertama Bela Kucing

Alhamdulliah... hari ini anak kucing saya sampai dari Calgary, Alberta...

Saya sendiri tidak menyangka urusan kami dengan Jennifer (penjaga anak kucing) dipermudahkan.  Walaupun perjalanan anak kucing ini jauh dan saya pasti memenatkan dia tapi syukur dia nampak sihat,

Kalau diikutkan perjanjian lagi sebulan baru dapat anak kucing.  Rupanya Allah permudahkan urusan.  Semua berjalan dengan lancar.

Pada mulanya, saya dan suami memilih melalui online apps kjiji.ca .  Saya survey untuk seluruh Kanada untuk mendapatkan anak kucing pilihan.  Risau juga kena tipu dengan scammer.  Pengalaman kena tipu dan kena ugut dengan scammer berkali-kali buat saya dan suami sangat berhati-hati.  Tapi pengalaman itu semua di Malaysia.  Saya berharap semoga saya tidak berjumpa dengan scammer di sini.

Walaubagaimanapun, kami juga telah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan penjual kucing di kjiji.com.  Ada beberapa tips yang telah diberikan dan SOP dalam urusan jual-beli kucing.

Nama anak kucing kami ialah Mina berusia 12 minggu, pertama kali Mina mendarat di Terrace Airport buat kami sekeluarga berdebar-debar.  Kedatangannya amat dinantikan.  Lana dan Umar sangat teruja termasuk Mama dia.  Dengan kamera ditangan untuk mengambil video untuk dijadikan sebagai kenangan.

Bila sampai Mina di hadapan mata, dia kelihatan nampak sangsi.  Diam tidak menunjukkan reaksi yang kelam-kabut.  Tenang walaupun wajahnya nampak ketakutan.

Di kaunter penerimaan barang kargo, Mina menjadi tumpuan.  Mula-mula seorang staff airport yang uruskan.  Kemudian, bila dapat tahu ada anak kucing datang.  Datang lagi seorang, daripada dua orang kepada beberapa orang.  Semuanya ingin cuba memeluknya.  Tetapi Mina tidak mahu keluar daripada sangkarnya.

Selepas selesai urusan tandatangan pengesahan, saya meminta diri kepada staff airport untuk pulang.  Mereka semua ba bai pada Mina dan wish tahniah pada kami sekeluarga kerana dapat ahli baru dalam keluarga.  Mungkin sebab kawasan kami ini terpencil, jadi suasana meraikan itu dapat saya rasai.

Sampai di kereta, saya cuba memberi Mina minum dan minum sedikit memandangkan dia tidak makan sudah hampir 24 jam.  Namun, tidak berjaya usaha kami.  Kasihan pula lihat dia dalam ketakutan.  Saya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja perjalanan pulang ke rumah memandangkan dia tidak mahu keluar daripada sangkar.

Perjalanan dari Terrace Airport ke rumah kami mengambil masa selama 40 minit.  Tiada sebarang bunyi daripada Mina.  Syukur alhamdullilah...dia diam dan menyambung tidur semula.  Kelihatan sangat...kasihannya Mina..

"Nanti sampai rumah, kita relax dan makan ye", kata saya pada Mina.

Sampai di rumah, saya terus bawa ke dalam bilik yang saya sudah kemaskan untuk Mina.  Saya tidak benarkan dia berpusing satu rumah supaya dia tidak keletihan mencium bau yang baru di rumah barunya.  Sudahlah sememangnya keletihan di dalam kapal terbang.  Mina kelihatannya menghidu pada setiap ruang dinding bilik.  Tapi, yang jelas...Mina tidak mengeluarkan bunyi seperti anak kucing lain yang pernah saya jumpa sebelum ini.  Dia seperti seekor kucing yang pendiam.

Mina sebenarnya tidak diberi makan sejak malam sebelum itu untuk mengelakkan dia membuang air besar di dalam perjalanan dari Calgary ke Terrace.  Itu sebabnya Jennifer (penjaga Mina) memesan pada kami supaya memberi minum air suam bila sampai di Terrace Airport.

Hampir 3 jam baru saya berjaya memberi Mina makan dan minum...  Saya fikir dia masih dalam keadaan takut dan jetlag.

Pada malam itu, Mina tidur dalam bilik seorang diri dan dia menyorok di bawah kabinet.  Mungkin dia rasa selamat bila duduk di bawah kabinet.  Memang perangai kucing suka masuk ke tempat-tempat yang sempit.

Jam 11 malam, saya masuk tidur....

Senyap... keletihan betul nampaknya kan...

Doakan semoga Mina membesar dengan sihat dan gembira bersama keluarga barunya...Kakak Lana dan Abang Umar menjadi adik-beradik barunya..😍

Ragdoll Kitten
Hi, nama saya Mina


Ragdoll Kitten
Baru cuba nak minum ni.. sedap tak air minuman Kitimat

Ragdoll Kitten
Permainan baru untuk Mina




1 ulasan

  1. Hello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
    branding agency in malaysia
    web design company selangor

    BalasPadam