Skating Bermula lagi

Sejak seminggu ini,  Kakak Lana sudah mula sibuk dengan aktiviti sukan skating.  Cuti selama 2 bulan membuatkan Kakak Lana sangat merindui dengan ice rink.

Covid19 membuatkan Ice Rink Tamitik ditutup untuk sementara waktu sehingga wabak Covid19 ini berakhir.  Ia hanya dibuka jika kelas ada dengan syarat kadar pelajar kurang daripada 10 orang.  Kakak Lana beruntung sebab dia masih terpilih untuk masuk kelas skating.

Dalam tempoh seminggu ini, dua hari saya diminta oleh pihak kelab skating untuk membantu menjaga bahagian pemeriksaan suhu badan bagi setiap pelajar dan menjaga muzik.  Satu pengalaman baru untuk saya sebab kelam-kabut juga rupanya sebab terlalu banyak SOP.  Saya tidak boleh sesuka hati untuk memegang kanak-kanak ataupun tersentuh.  Saya kena sentiasa membawa sanitizer kemana-mana sepanjang kelas skating berlangsung.  Semasa saya menjaga muzik pula, banyak juga saya tersalah lagu.  Tapi, jurulatih mengatakan saya menjaga muzik dengan baik sekali.  Pelik pula saya rasa....

Dalam hati saya berkata "pandai betul ambil hati saya walaupun saya tekan butang lagu yang salah"...habis budak-budak mengadu saya salah tekan lagu...😆

Ini merupakan musim kedua Kakak Lana mengikuti kelas skating.  Masih banyak lagi teknik yang perlu dipelajari.  Kakak Lana termasuk dalam kumpulan 'Junior Skating' bermaksud dia belajar bersama kanak-kanak yang kurang usia daripadanya.  Saya bersyukur Kakak Lana dapat menerimanya.  Katanya dia tidak kisah belajar bersama kanak-kanak sebab dia nak belajar....

Alhamdullilah... sebab saya paling risau bila dia kurang selesa belajar bersama kanak-kanak.  Tapi, sangkaan saya meleset sama sekali.  Kakak Lana seorang anak yang mempunyai sifat terbuka hati.

Skating
Kakak Lana berlatih seorang diri

Skating
Baru dapat angkat satu kaki selepas setahun belajar



0 ulasan