Bagaimana Saya Bermula Kerjaya Sebagai Blogger

Tajuk di atas merujuk kepada diri saya sendiri sebenarnya...

Sebelum saya berkecimpung sepenuh masa dengan dunia blogging, saya adalah seorang yang berkerjaya sepenuh masa di pejabat dari pagi sehingga lewat petang.  Selalu juga saya pulang ke rumah hingga lewat malam kerana pertemuan penting dengan rakan-rakan.  Tidan tahulah apa yang di 'meeting' kan.  Saya faham bila otak sudah penat, sudah tidak lagi 'meeting' lebih kepada sembang-sembang. 

Sesungguhnya saya kesuntukan masa untuk keluarga dan anak-anak.  Anak-anak saya banyak masa bersama pengasuh.  Saya dan suami lebih banyak berada di luar kawasan menguruskan hal-hal pejabat.

Berbalik kepada kisah bermulanya saya sebagai blogger  

Tidak silap saya, saya baru serius berkecimpung dalam dunia blogging sejak 3 tahun yang lepas.  Walaupun saya merupakan seorang lepasan ijazah dalam bidang sains komputer, saya memang tidak ada idea dan tidak pandai untuk membina web site sendiri.  Kadang-kadang terfikir juga, saya ini salah ambil jurusan ke...

Namun, Allah benar-benar perancang yang hebat buat saya.  Walaupun, saya tidak tahu untuk buat web site sendiri ataupun blog tetapi Allah kurniakan akal buat saya.  Bukan saya tidak boleh mengupah sahaja sesiapa sahaja untuk buat blog tetapi saya merasa keberatan untuk mengupah orang. 

Mungkin juga, kalau saya mengupah seseorang untuk buat blog saya pada 3 tahun yang lepas.  Blog saya tidak akan seperti yang anda lihat pada hari ini.

Sampailah satu hari, semasa saya melayari internet saya google 'jana duit daripada blog'.  Saya berkenalan dengan seorang individu yang bernama Puan Anys Idayu Zakaria.  Itulah pertama kali saya belajar buat blog secara atas talian.  Alhamdullilah, pengajaran daripada Puan Anys sangat mudah difahami.  Terima kasih, sehingga sekarang kami masih lagi bersahabat.  Harga bayaran kelas juga sangat berpatutan.

Saya menggunakan platform blog yang percuma iaitu platform blogspot.  Saya masih ingat Puan Anys katakan pada kami dalam kelas.  Mahirkan dulu penggunaan platform yang percuma... sekiranya yang percuma pun tak mahir bagaiman nak pergi lebih jauh iaitu platform yang berbayar.

Memang benar, selepas 3 tahun barulah saya beli domain.  Itupun mash lagi menggunakan platform yang sama iaitu blogspot.  Hanya sekali belajar bersama Puan Anys, saya telah meneruskan ke langkah seterusnya iaitu membina design web saya sendiri.  Saya mula faham tentang program html.  Untuk bahagian ini, sememangnya saya belajar semasa saya menuntut di universiti lagi.  

Hampir setiap hari pasti ada cerita yang saya inginkan kongsikan pada pembaca dan pengikut saya. 

Pada peringkat permulaan saya sering terfikir, tiada pembaca yang akan membaca entri blog saya.

Benarlah, Allah lebih mengetahui apa yang saya tahu.  Walaupun, peringkat awal saya mengatakan saya salah pilih jurusan di universiti.  Itulah yang sebab saya katakan tadi 'Allah lebih mengetahui apa saya tahu'.  

Percayalah, tidak rugi kita mempelajari ilmu baru.

Sebenarnya... melalui blog juga boleh menjana pendapatan.  Tetapi, kena sabar dalam melalui proses ini... 

Teruskan menulis dan mempelajari ilmu di bidang ini, insyaAllah akan dapat melihat hasil daripada setiap proses.

Mari mulakan dengan menulis blog

http://www.sitikhairulbariah.com

Koleksi Sitikb
peneman setia ketika menulis




0 ulasan