Bab 3 Rumah Sewa Baru

Di kalangan adik-beradik, saya memang di kenali sebagai seorang penakut.  Takut dengan kegelapan, takut mendengar cerita hantu, takut untuk melihat cerita-cerita yang menyeramkan walaupun di kaca televisyen dan takut pada ketinggian.  Saya akan cuba mengelak.

Semasa saya berusia 9 tahun.  Abah saya telah di arahkan untuk bertugas ke pejabat baru di Teluk Intan.  Abah cuba mencari rumah sewa terbaik untuk kami sekeluarga.  


Pada mulanya, kami menyewa di Jalan Changkat Jong dan rumah itu terletak di tepi jalan raya yang besar.  Kami hanya tinggal beberapa bulan sahaja di situ.  Saya tidak pasti kenapa Abah mencari rumah lain tetapi saya ada mendengar perbualan Abah dengan Mak.  Rumah yang kali ini lebih besar, terletak di kawasan taman perumahan dan berdekatan dengan masjid.  


Saya hanya fikir, mungkin Mak dan Abah tiada kawan tinggal di kawasan itu.  Lagipun, pada pandangan saya yang ketika itu baru berusia 6 tahun.  Rumah sewa di Jalan Changkat Jong seperti rumah yang sudah lama ditinggalkan. Tetapi, berkat kerajinan Mak dan Abah membuang sampah sarap serta menebas pokok-pokok yang tumbuh meliar.  Rumah itu kelihatan kemas dan tersusun.


Apabila Abah mengajak Mak melihat rumah sewa di taman perumahan itu.  Saya akan di ajak sekali kerana saya ada tugasan menjaga adik lelaki saya yang semakin lasak dan juga Kak Jora.  Apabila tiba di perkarangan rumah sewa baru itu, saya berdiri di hadapan rumah itu.  Hati saya berdetik.


“Besarnya rumah ini”.


Lamunan saya terhenti …


“Aul, jom kita pergi dekat pokok sana”,  Kak Jora sudah mula mengajak bermain.


Walaupun hati ini berat tapi saya turutkan jua kemahuan Kak Jora.  Sekali lagi, saya berdiri di bawah pokok jambu sambil memandang ke atas.


“Tingginya”, jerit saya pada Kak Jora.


Belum pun habis saya berkata, Kak Jora sudah sampai ke hujung dahan.  Dia duduk di atas dahan sambil kakinya menghayun-hayun di dahan tersebut.


Itulah kelebihan Kak Jora, walaupun dia ada kekurangan di tempat lain.  Namun, Kak Jora mempunyai keberanian yang luar biasa.  Ciri-ciri seorang yang penakut pada saya memang tiada dalam diri Kak Jora.  Dia seorang yang berani. Berani mencuba…


“Jom lah panjat pokok ni Aul.  Nanti Ya tolong pegang tangan kau.  Cepatlah”,  tangan Kak Jora sudah melambai-lambai dari atas pokok.


“Tak beranilah”.


“Naik je lah.  Banyak buah jambu ka atas pokok ni”, pujuk Kak Jora lagi.


“Tak ape lah. Campak je lah buah jambu tu ke bawah.  Nanti Aul sambut dari bawah”, saya cuba meyakinkan Kak Jora sebelum dia cuba lagi memaksa saya untuk naik ke atas.


“Ok lah, penakut”, kata Kak Jora.  Nadanya seperti kecewa sebab pujukannya tidak menjadi.


“Pergilah cari bakul.  Biar Ya baling buah ke bawah nih”, Kak Jora mengarah saya mencari bakul.


“Mana ada bakul.  Kita kan datang baru tengok rumah”.


“Nah, Ambil ni”, Kak Jora menyuruh saya menyambut jambu yang dia telah petik.


Ini memang perangai dia.  Sekiranya kita larang, lagilah Kak Jora akan terus melakukannya.


Alahai kakakku…


“Gatal lah kaki ni…”.


Saya mendengar rungutan Kak Jora dari atas pokok.


“Eh, semut api la Kak Jora.  Cepat-cepat turun”, saya menyuruh Kak Jora segera turun dari pokok.


Belum pun sempat kakinya melangkah.  Tiba-tiba skirt Kak Jora tersangkut pada salah satu dahan kecil.


Gedebuk…


“Adoi,  sakitnya”.


Saya terus berlari mendapatkannya.  Kasihan Kak Jora.


“Banyak ke luka?  Itu lah… kalau tak panjat tadi mesti tak jatuh ”, Saya mula panik.


“Tak lah.  Lebam sikit je.  Tak sakit lah.  Jangan beritahu abah ye”,  saya mengangguk sahaja mengikut arahan Kak Jora.


Kami memang takut dengan Abah.  Sekiranya ada perkara yang boleh menyebabkan kemarahan Abah, kami adik-beradik akan cuba mengelak untuk beritahu.


“Jomlah.  Ambil buah jambu tuh”,  sempat lagi Kak Jora mengingatkan saya tentang jambu yang sudah di petik.


“Tak payah lah.  Bukan banyak pun ada 3 biji sahaja”.


“Ambillah, nanti bagi pada Mak.  Mesti Mak suka dengan jambu itu”, 


Begitulah sikap Kak Jora.  Saya kenal benar sikap Kak Jora.  Jarang sekali makanan yang dia perolehi secara beli atau percuma hanya dinikmati dirinya sendiri.  Kak Jora lebih suka berkongsi bersama.


Previous 👉 Bab 2 Di Kejar Anjing


#mykarya #hakciptaterpelihara


0 ulasan