Kereta Pilihan Saya Di Kanada

Hampir setiap hari, saya memandu kereta di sini.  Di sini saya menggunakan kereta jenama Subaru jenis Crosstrek... ok?  Ok tapi tak la ok sangat.. sesuai dengan harganya.  Saya bayar setiap bulan CAD 630 dolar sewa beli.  Kerana apa sewa beli? sebab visa/work permit hanya 3 tahun sahaja.

Apabila musim panas menjelang tiada masalah pada saya, saya boleh guna dan memandu dengan selesa. Timbul masalah besar bila menjelang musim sejuk.  Agak lambat panas, bila pasang heater.  Kena bersabar la sedikit...

Maka, penyelesaiannya saya kena keluar awal sedikit untuk start enjin kereta, pasang heater dan buang ais pada cermin kereta di sekelilingnya.  Kalau jiran tetangga saya, kebanyakan mereka menggunakan trak.  Jadi, teknologi pada kereta mereka boleh hidupkan enjin kereta daripada dalam rumah.  Bila sudah 'warm' boleh terus masuk dan driveee... memang sesuai sangat digunakan di sini.  Dan, harganya pun boleh lahhhh tahan...

Syukur alhamdullilah... walaupun kereta saya kecil dan kurang berteknologi berbanding penduduk di sini. Saya pernah memandu selama 10 hari mengelilingi British Columbia.  Korang bayangkan laa jauhnya...so memang power kan Subaru ni.  Korang gunalah..lasak sangat..

Kalau setakat salji 1 kaki, kereta ni selamba je boleh naik kat salji tu.  Cengkaman tayar tu pun bagus tau! servis di sini juga bagus.. Sesungguhnya, di sini saya gunakan kereta lebih lasak berbanding di Malaysia..

Pernah masa di Malaysia, ada kawan pujuk minta saya membeli kereta Subaru Crosstrek sebab katanya bagus.  Dia pula baru sahaja bekerja di Subaru Show Car.  Kesian pula saya tapi saya katakan saya sudah ada dua kereta...siapa pula nak guna kan.  Saya beri dia nombor kawan-kawan lain sekiranya mereka berminat.

Jom tengok video saya rakamkan perbezaan kereta Subaru Crosstrek di sini.  Ada sedikit perbezaan dengan Malaysia.

Ini merupakan website Subaru di Kanada 👉 https://www.subaru.ca

Sila subscribe YouTube Channel 👉 Siti Khairulbariah Story

0 ulasan