Kenapa Saya Sayang Kucing Saya? 🐈🐈

Pagi ini saya ditemani Mika (kucing saya)... buat kerja di hadapan komputer bersama dengannya, kadang-kadang memang tidak jadi kerja.😁

Tetapi, itu yang buat saya tergelak dan gembira melihat aksi dia.  Ada sesetengah orang tidak suka dengan kucing, sebelum ini saya tiada peluang untuk membela kucing kerana suami dan anak-anak tidak suka.  Mereka rimas katanya.

Namun, semenjak anak-anak berkurung di rumah kerana lockdown Covid19.  Hati suami saya mula cair... beberapa kali saya menunjukkan gambar-gambar di Instagram aksi kucing.  Melompat, berlari, menyorok, tidur... semuanya nampak comel.

Akhirnya, suami saya benarkan saya untuk pilih kucing di Pusat Penjagaan Haiwan di bandar.  Kami diminta untuk mengisi borang untuk mengambil kucing angkat.  Hampir tiga bulan saya menunggu anak kucing, tidak berhasil.  Suami saya minta saya pilih daripada website kucing di seluruh Kanada.  Alhamdullilah, sekali dua ekor saya dapat...

Membela binatang peliharaan di sini tidak lah sukar seperti yang difikirkan.  Hanya perlu bawa mereka ke klinik veteriner bila sampai masanya.  Dan, saya juga tidak digalakkan membawa kucing keluar dari rumah.  Atas nasihat jiran-jiran kerana di sini banyak binatang buas.  Lagipun, menurut doktor vet... kucing yang banyak duduk di luar rumah, mereka mudah terkena penyakit.  Kerana, di luar rumah banyak penyakit.

Ada jiran saya bercerita, Betty namanya. Beliau pernah membela kucing selama 21 tahun.  Terkejut saya dengar.  Katanya, kucingnya hanya tinggal di dalam rumah.  Mungkin kerana itu katanya kucingnya sihat dan mati kerana sudah tua.

Ada seorang lagi jiran saya dihujung lorong, namanya Melissa dan suaminya Dave.  Mereka juga membela kucing sebanyak 3 ekor.  Atas nasihat mereka juga, Melissa kata just keep them at home.. better than outside.  Mereka kata tinggal diluar kucing pendek umur.  Lagipun kos rawatan untuk binatang tinggi di sini.  Saya faham sangat bila mereka sebut tentang kos rawatan sebab untuk hantar vaksin sahaja, saya belanja hampir 150 dollar.  Mahal kan?

Sifat kucing itu sendiri adalah sebagai peneman kepada tuannya.  Bermain bersama dengannya adalah menjadi tabiat kucing bila mereka bangun daripada tidur.  

Saya juga ada membuat beberapa rujukan tentang kucing kacukan.  Di sini, banyak kucing kacukan.  Kucing yang saya bela ini juga merupakan keturunan kucing kacukan.  Jadi, mereka perlu duduk di dalam rumah sahaja.  Untuk pengetahuan semua, kucing tidur selama 16 jam satu hari.  Saya baru tahu sebenarnya... patut la saya lihat di sini orang tidak bawa kucing keluar berjalan-jalan seperti anjing.  Sebab sifat kucing itu sendiri bermain, tidur dan menjadi peneman kita sebagai manusia.

Saya masih ingat lagi semasa saya kecil, saya ada beberapa kali membela kucing tetapi semua kucing saya tidak dibenarkan tinggal di dalam rumah.  Bila malam mereka tidur di luar rumah.  Orang tua saya tidak benarkan.  Katanya kucing bertugas menangkap tikus dan  kucing tidak tidur waktu malam.  Tidak ada ahli keluarga saya yang menyokong kecuali kakak saya yang saya panggil Kak Jora sahaja yang menyokong saya.  Tidak mengapalah, lagipun setiap orang ada kesukaan dan pilihan masing-masing.  Mungkin pada masa itu, kedua orang tua saya kata ia adalah pilihan terbaik untuk saya.  

Dan, sekarang saya sudah ada dua ekor kucing !!!! Alhamdullilah.   Kedua ekor kucing saya sangat baik...

Mereka juga ada channel YouTube  👉  The Meowws from Canada  .  Jangan lupa .. 

Sila subscribe ok 😘


0 ulasan