Khabar Covid19

Sudah 3 hari, kami menerima khabar dari Northern BC tentang kenaikan statistik Covid19.

Semalam, saya mendengar khabar berita ada satu pergaduhan kecil berlaku di Restoran Tim Hortons.  Masing-masing mula menyalahkan antara satu sama lain tentang "siapakah pembawa wabak ini?'

Saya faham perasaan mereka... ye  la kan.  

Kami tinggal di kawasan bandar kecil.  Jauh daripada bandar besar.  Setahu saya semua pesakit yang positif akan dihantar ke hospital yang sangat jauh daripada sini.  Di sini tiada kelengkapan yang lengkap untuk rawatan Covid19.

Saya juga risau akan diri sendiri dan anak-anak.  Suami pula sudah bermula sekali lagi untuk bekerja daripada rumah selama 2 minggu.  Kerana bangunan di sebelah tempat suami bekerja telah ada yang positif.  Maka, semua kawasan sekitar itu sedang disanitasi oleh pihak kesihatan.

Nasihat saya, sebagai pendengar dan yang melihat... kita berdoa untuk mereka.  Menyalahkan antara satu sama lain tiada penghujungnya.  Tiada seorang pun di dunia ini yang ingin menjadi salah seorang dalam statistik Covid19.   

Seluruh dunia sedang risau...kita seperti sedang dilanda Perang Dunia Ketiga, berperang bersama musuh yang tidak kita nampak.

Kepada rakan-rakan semua saya doakan semoga kalian sihat sejahtera, dijauhkan daripada sebarang penyakit.

Koleksi Sitikb
Kitimat Tim Hortons


0 ulasan